Zul Huzaimy Meluahkan Rasa Kecewe Bila Farid Lupa Janji

Zulhuzaimy  terpaksa mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan filem Rem-It 2 berikutan pengarah bersama iaitu Datuk Farid Kamil mahu menghasilkan filem sendiri.

Filem yang sepatutnya menjalani penggambaran di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor bulan lalu itu dijangka ditayangkan Mac tahun depan. Menurut Zulhuzaimy, lebih mengecewakannya apabila teaser dan majlis pelancaran filem itu sudah dilancarkan Mei lalu termasuk promosi di media sosial.

Tegas Zulhuzaimy, biar apa pun yang berlaku dia tidak akan meninggalkan kelab itu kerana mereka hidup susah senang bersama.

Pelakon Zul Huzaimy meluahkan rasa kecewwa terhadap rakan seperjuangannya apabila mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan filem Rem-It 2 berikutan pengarah bersama iaitu Datuk Farid Kamil mahu menghasilkan filem sendiri.

Menurut Zul Huzaimy, Farid meIanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

“Saya sangat kecewa dengan farid. Dulu kami bersama-sama, tetapi kini dia mahu bergerak sendiri. Berdasarkan perjanjian, farid mendapatkan tajaan berjumlah rm3 juta manakala saya menguruskan skrip filem. Perjanjian turut menyatakan keuntungan remp-it 2 akan dimasukkan ke akaun kelab untuk kebajikan ahli,”- jelas zul huzaimy kepada harian metro.

“Saya ada menerima jemputan farid sebagai pelakon dalam filem arahannya. Tambahnya lagi,

Bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika bersetuju, saya menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal,” – zul huzaimy.

Zul Huzaimy juga menjelaskan sebaik sahaja kes mahkamah Farid selesai, dia akan menghasilkan filem sendiri berjudul Lagenda Budak Motor Cup Prix dan menolak tawaran malah tidak akan menjayakan Remp-It 2 kerana skrip filem bukan mengenai aktiviti permotoran.

Sehubungan itu dia menolak tawaran malah tidak akan menjayakan Remp-It 2 kerana skrip filem bukan mengenai aktiviti permotoran.

“Tindakan dia menutup periuk nasi ribuan ahli kelab termasuk 15 pelakon,” katanya.

Apa yang mengecewakan Zulhuzaimy, ahli kelab terbabit mengumpul dana puluhan ribu ringgit untuk membantu Farid di mahkamah.

Sumber : HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*