Zamani Bawa Isteri Dan Keluarga Tunai Umrah Tapi Kelibat Zynakal Ada Bersama

Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana.Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya. Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48, selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dia meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal. Mereka mengambil keputusan mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan Nur Juliana Abdul Rani, 36, penyanyi lagenda Zamani Slam berusia 48 tahun, akhirnya menunaikan niatnya untuk menunaikan umrah.

Semalam, Zamani bersama isteri dan ahli keluarganya yang lain dikhabarkan telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah. Penyanyi itu sempat memohon maaf kepada kenalan dan peminat sebelum menaiki pesawat.

Telefon pun tak bawa, mahu fokus beribadat

Zyn Akal tunai umrah bersama Zamani

Turut kelihatan, penyanyi BBNU Zyn Akal yang merupakan anak saudara kepada Zamani, juga antara ahli keluarga yang bersama-sama mengikuti mengerjakan ibadah umrah.

Sepanjang mengerjakan umrah, Zamani berhasrat mendoakan untuk semua kenalan dan peminat selain meminta keampunan daripada Allah atas d0sa dilakukan. Semoga Zamani dan keluarga selamat sampai dan pulang.

Ketika ditemu bual media Zamani memberitahu bahawa dia mahu fokus melakukan beribadat tanpa, memikirkan soal lain sepanjang berada di Mekah selama 12 hari.

“Kalau nak difikirkan macam-macam perkara, memanglah takkan habis. Tapi insya-Allah sampai sahaja di sana, saya nak fikir ibadat sahaja…”

Malah, penyanyi Gerimis Mengundang itu juga tidak membawa telefon bimbitnya, berikutan tidak mahu terganggu sepanjang menjalani ibadah umrah.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*