Walaupun Ada Segelintir Golongan Ini Berkata-kata, Nabil Ahmad Jelaskan Sebab Utama Dia Mula Mendalami Ilmu Agama

Baru-baru ini pengacara popular, Nabil Ahmad serta Neelofa berkongsi mengenai kisah penghijrahan mereka bersama pihak InTrend mendapat perhatian serta memberi inspirasi kepada orang ramai.

Jangan lambat cari ilmu agama

Nabil berkongsi mengenai detik permulaan hatinya ingin mendalami ilmu agama apabila dia mengenali rakan-rakan daripada gerakan tablighnya itu. Dia juga merasakan bahawa perkenalan mereka merupakan satu kebaikan yang ikhlas kerana Allah dan hatinya terus terbuka untuk berubah sedikit demi sedikit.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa juga berpesan agar kita tidak melambatkan niat kita untuk mempelajari ilmu agama atau hanya semata menunggu hidayah untuk datang kepada kita.

Melihat perjalanan hidup Nabil, Neelofa berasa sangat bangga dan senang hati kerana rakan sepejuangnya kini sama-sama menyebarkan dakwah.

‘Agama bukan untuk kita sensasikan’

Walaupun penghijrahan itu merupakan sesuatu yang baik, namun Nabil sendiri berasa tidak sedia untuk memberitau penghijrahannya itu kepada umum kerana menganggap hal berkaitan dengan agama bukanlah bahan untuk disensasikan.

Apa yang paling ditakuti olehnya adalah jika hatinya berbolak-balik kerana proses untuk istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Perkongsian Nabil mengenai penghijrahannya

Menurut Nabil dia tidak dapat menutup mulut orang daripada berkata-kata namun meminta semua pihak mendoakan dia sentiasa istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

“Saya hanya minta (netizen) terus doakan saya istiqamah sebab agama ini tidak bermusim. Kalau nak tahu, tawaran mengacarakan program agama ini datang selepas saya berhijrah.

“Kalau dia datang sebelum saya berhijrah, mungkin saya sendiri tak bersedia nak ambil job tersebut sebab bukan mudah nak kendalikan rancangan agama kalau kita tidak ada kefahaman tentang agama itu sendiri.Salah satu sebab saya setuju buat program ini kerana nak jumpa ustaz-ustaz hebat agar mereka dapat terus doakan saya istiqamah dalam penghijrahan. Penghijrahan saya bukan bermusim sebab setiap masa sebenarnya kita kena dekat dengan agama,” katanya kepada mStar.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

 

Tidak seperti kebiasaan selebriti yang sudah berhijrah pasti mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang seni, namun hal ini berlainan pula buat Nabil.

Nabil menganggap ia satu tanggungjawab buatnya untuk berdakwah kecil dalam kalangan rakan-rakan selebriti agar perkara itu dapat dikongsikan bersama mereka.

“Saya tiada persediaan untuk tinggalkan industri hiburan sebab saya ada sedikit rasa nak kawan-kawan artis tahu apa yang saya rasa (bila dah berhijrah).Saya minta Allah beri saya kekuatan untuk buat dakwah kecil di kalangan rakan-rakan selebriti. Mereka semua ini baik tapi tiada kejayaan kalau kita tidak ikut sunnah yang dianjurkan oleh Nabi.

“Saya bagi contoh Cristiano Ronaldo baik (suka berbuat amal) tapi selagi dia tak mengucap dua kalimah syahadah, tempat dia bukan di syurga,” katanya.

Sementara itu berkongsikan tentang aktiviti Ramadannya pada kali ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata dia memperlahankan kerjaya seni bagi memberikan fokus dalam beribadah sepanjang bulan mulia ini.

“Untuk bulan puasa, saya fokus mengaji, baca Al-Quran dan hadiri majlis-majlis agama serta meraikan anak-anak yatim sepanjang bulan ini.

Sumber : InTrend/Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*