Tya Ariffin Kongsi Video Dan Gambar Eksklusif Sambut Kelahiran Anak Kedua TokTi

Penyanyi terkenal iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak kedua dari hasil perkahwinan bersama Datuk Khalid Mohammad Jiwa. Penyanyi itu melahirkan anak jantina lelaki dengan seberat 3.84 kilogram pada jam 6:21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Berita gembira itu turut dikongsikan anak dan menantu kepada Datuk K iaitu Asyraf dan Tya Ariffin dengan memuat naik video di YouTube sebagai kenangan terindah bagi menyambut ahli keluarga baharu.

Lahir secara pembedahan

Video vlog yang dikongsikan Tya di laman YouTube itu baru saja dimuat naik dua jam yang lalu telah cecah 14 ribu tontonan. Menerusi perkongsian dari Tya dan Asyraf, penyanyi lagu Cindai itu melahirkan anak kedua melalui kaedah pembedahan dan ini juga pembedahan kedua bagi kelahiran anaknya.

Kelahiran anak lelaki kedua itu turut dihadiri oleh ibu kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K sendiri.

Mak Iti bersalin dah

Video ringkas berdurasi 4:50 minit turut menyaksikan rata-rata ahli keluarga merakamkan foto dan video dalam telefon masing-masing sebagai kenangan manis buat mereka. Tahniah TokTi atas kelahiran anak kedua!

Sumber: Tya Ariffin Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*