Tiga Jam Naik Kereta Dari Jauh Namun Nenek Hanya Mampu Lambai Dari Jauh Sahaja

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap individu diwajibkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bahkan, larangan merentas negeri juga sudah mula diperketatkan oleh pihak kerajaan dan perkara tersebut secara tidak langsung menyukarkan seseorang itu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Seperti video dikongsi seorang ibu dikenali sebagai Shila di laman TikTok, menceritakan kisah yang cukup meruntun hati apabila dia hanya boleh melihat nenek dan ahli keluarganya dari jauh berikutan larangan merentas yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Nenek minta nak jumpa cicit, Last jumpa masa Shaqif bayi lagi sebab dia yang jaga masa pantang. 3 jam rela nak datang sini, semata-mata nak jumpa kami walaupun jauh.

Difahamkan, neneknya perlu meredah perjalanan selama tiga jam dari Pattani ke Golok bagi membolehkan mereka bersua, namun mereka ketika itu terpisah dek sebatang sungai dan hanya mampu melambai dari jauh.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini mejelaskan sudah dua tahun mereka tidak bersemuka berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebelum ini, sudah menjadi ‘tradisi’ untuk berjumpa setiap dua minggu.

Semoga mek sihat walafiat, tunggu kami mek. Nanti kita jumpa tau!

Sumber: Shila Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*