Bunga Citra Lestari Lancar Koleksi Selendang BCL Dapat Sokongan Ramai

Bukan mahu melupakan, tapi hidup kena bangkit demi masa depan yang baik untuk anak. Selepas pemerg1an Allahyrh4m Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu, isterinya pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari kini sudah mula bekerja.

Selain daripada kerjaya seni, Bunga kini menceburi perniagaan selendang secara dalam talian menerusi laman Instagram.

Akaun @rumahbcl itu merupakan akaun online store rasmi milik Bunga Citra Lestari dan setakat ini mempunyai 10,000 jumlah pengikut dan turut memuat naik foto ibunya Emmy Syarif sebagai model.

Ibu Bunga Citra Lestari turut mengayakan selendang jenama BCL.

Akaun tersebut dibuka sejak seminggu yang lalu kini sudah memuat nak kira-kira 18 foto logo dan jenis selendang yang dijualnya.

Manakala gambar produk pertama yang dimuat naik adalah sebuah tudung jenis pashmina. Selain itu, ibu mentua Bunga iaitu Khadijah Abdul Rahman atau Dida turut memuat naik foto tudung tersebut di laman Instagram pada Isnin.

Perkara itu mendapat reaksi positif peminatnya yang kini sudah membuat pesanan.

sitiaaishahyusof Semoga terus sukses dan barakah

dina_maya87 Semoga sang owner hijab segera menyusul memakai kerudung. Jangan tunggu baik.. karna perlahan kita banyak belajar jadi lebih baik karna hijab.. be smart

Alhamdulillah moga BCL semakin tabah dan kuat untuk menjalani kehidupan mendatang bersama anak dan keluarga tercinta.

Sumber: GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*