Kesungguhan Anak Fazley Yaakob Beli PS4 Guna Hasil Jualan Nasi Lemak

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob melatih anak-anaknya supaya berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini tanpa bantuan wang ringgit dari ibu bapa. Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007 dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.

Menceritakan mengenai kisah anaknya, Ahmad Fariedz atau Payish, Fazley berbangga kerana buah hati sulungnya itu berjaya mengumpul wang simpanan hasil berniaga nasi lemak untuk mendapatkan gajet idamannya, PS4.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya apabila kisah tersebut memberi inspirasi buat mereka sebagai ibu bapa.

Payish sanggup memasak serta berniaga nasi lemak setiap hujung minggu demi mendapatkan hadiah untuk dirinya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-11.

“Alhamdulilah, anak sulung saya Abang Payish @fariedzfazley bertambah usia setahun lagi, minggu lalu.

“Dari hasil penjualan Nasi Lemak Payish dia sepanjang beberapa weekend, dia dapat collect cukup-cukup untuk beli satu-satunya gadget yang disebut-sebut dari awal tahun.

“Saya dan mama dia @azrene_ahmad dah cakap dengan dia “Kalau nak beli toys yang mahal-mahal, you got to study hard, get good grades, earn your own cash and buy it yourself. So my baby boy did it! Dida dgn Mama tambah sikit bantu beli games dan controller sebab kita pun nak tumpang sekaki.

“So happy for you Payish. Lepas penat lelah, berkorban hujung minggu, sampai terbalik kuali (click the hashtag kalau nak tgk), you got yourself your very own birthday present now. Siap bayar guna seringgit-seringgit haha. Happy 11th birthday! We love you. #nasilemakpayish,” tulisnya.

Fazley berkongsi perkara terbabit di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik momen anaknya berjaya membayar gajet tersebut dari duit hasil jualan nasi lemaknya.

Dalam potongan video itu, turut terselit momen-momen Payish memasak nasi lemak serta berniaga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*