Baru Sahaja Semalam Kena Pcat, Tular Kelibat Datuk Seri Tajuddin Kat Suatu Tempat

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Tajuddin tiba di situ pada 4.45 menaiki kenderaan Mercedes-Benz dan difahamkan, beliau memberi keterangan kepada polis kerana didakwa tidak memakai pelitup muka ketika sidang media mengenai insiden kemalangan tren transit aliran ringan (LRT) Selasa lalu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai memberi keterangan berhubung ciapannya mengenai Tajuddin yang memakai pelindung muka tanpa pelitup muka dalam sidang media itu.

Sebelum ini, video rakaman Tajuddin yang didakwa tidak mematuhi SOP ketika mengadakan sidang media mengenai insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen LRT Kuala Lumpur, Selasa lalu tular di media sosial.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkutan) 2021.

Tajuddin Abdul Rahman ketika hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi. FOTO HAIRUL ANUAR RAH

“Tidak mendesak sangat”

“TERIMA kasih,” demikian kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi respons mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), berkuat kuasa serta-merta.

Beliau mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya itu.

Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.

“Saya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.

“Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.

“Saya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat,” katanya.

Surat penamatan perkhidmatan bertarikh 26 Mei 2021 itu ditandatangani Tengku Zafrul.

Dilaporkan, sidang media dikendalikan Tajuddin pada pagi Selasa di lokasi kejadian sebagai perbuatan tidak profesional, biadab dan amat memalukan rakyat Malaysia pada saat negara berdepan tragedi kemalangan besar dalam tempoh 25 tahun.

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedangkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemalangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau.

Tindak-tanduk Tajuddin yang dikec4m warganet sewaktu mengadakan sidang media berkaitan peristiwa kemalangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah ‘normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium’.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut dibidas kerana gagal hadir ke lokasi kejadian bersama-sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada malam kemalangan berlaku.

Namun beliau memberi alasan tidak dapat hadir kerana baru selesai bermesyuarat dan bersiap sedia untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19.

Dalam pada itu Polis menjalankan si4satan terhadap Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kem4langan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah, berkata sias4tan berhubung pel4nggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan Tajuddin sudah dimulakan pada hari sama.

“Sias4tan dijalankan ke atas video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas selesai meninjau lokasi insid3n kemal4ngan membabitkan tren di Stesen LRT Kuala Lumpur.

“Semua mereka yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Penceg4han dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Penceg4han dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkutan) 2021.

Semalam, Tajuddin pada sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, di sini, dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika sidang media di lokasi kemalangan dua tren LRT di stesen KLCC .

Puad Suruh Dato Tajuddin Tarik Sokongan Terhadap Tan Sri Muhyiddin

Masa untuk tarik sokongan, kata ahli Majlis Tertiggi, Mohd Puad Zarkashi, selepas kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin Abdul Rahman dari Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) semalam.

Menurut Mohd Puad, tidak ada apa yang perlu dinantikan oleh pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu sekarang.

“Tunggu apa lagi Dato Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai pengerusi Prasarana.

“Umum segera tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam catatan ringkas di media sosial pagi ini.

Semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan surat menamatkan perkhidmatan Tajuddin daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. Penamatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Ia berlaku selepas Tajuddin dikecam teruk pelbagai pihak kerana cara dia mengendalikan sidang media bagi menjawab persoalan mengenai kemalangan LRT pada kelmarin.

Kemalangan berkenaan menyebabkan lebih 200 orang cedera, termasuk sebahagiannya dalam keadaan parah.

Untuk rekod Mohd Puad antara pemimpin kanan Umno yang giat menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketiga sebahagian daripada ahli parlimen parti itu menjadi sebahagian daripada kabinet Muhyiddin.

Selain Mohd Puad, Tajuddin juga pernah agak lantang mengkritik PN dan Muhyiddin. Tajuddin diberikan jawatan pengerusi Prasarana oleh kerajaan PN pada 13 Mei 2020.

Ahmad doakan Tajuddin

Ahli parlimen Pasir Salak itu dilantik menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan tidak sampai seminggu sebelum itu.

Zaharah dipilih mempengerusikan Prasarana oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu janji mereka untuk mengurangkan sebanyak mungkin lantikan politik dalam GLC.

Gesaan dibuat Mohd Puad kepada Tajuddin hari ini berlaku ketika pelbagai pihak mempersoalkan sokongan yang dinikmati Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Bagaimanpun untuk rekod di sebalik pelbagai spekulasi yang ada, kerajaan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengadakan sidang parlimen dalam waktu terdekat.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata sesuatu jawatan yang disandang dalam politik hanya bersifat sementara.

Menciap untuk mengulas ringkas penamatan khidmat Tajuddin, Ahmad berkata tidak ada manusia yang sempurna dan jawatan disandang ahli politik terbabit adalah atas lantikan kerajaan.

“Jawatan di Prasarana itu lantikan Tengku Zafrul dan beliau berhak tamatkan (khidmat Tajuddin).

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik untuk Tajuddin dan menteri juga,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*