Dilamar Kekasih Pada Hari Lahir Ayda Jebat Dihujani Ucapan Tahniah

Perhubungan merpati sejoli pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat sudah lama terjawab apabila bekas pengacara program HLive itu mengesahkan status hubungan cinta mereka. Nabil, 31, memberitahu dia dan Ayda memiliki keserasian dalam membina sesebuah hubungan ke fasa seterusnya.

“Sebenarnya, kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Keluarga pun dah jumpa, kita orang pun dah betul-betul rapat. Perasaan tu ada.

Terdahulu, Nabil pernah memberitahu yang beliau enggan tergesa-gesa mendirikan rumah tangga.

“Apa yang saya boleh cakap, kami lebih daripada kawan. Bercintalah. Cuma kami tak mahu tergesa-gesa,” katanya.

“Setakat ini, saya tak dapat nak nyatakan tarikh rasmi bercinta sebab tak sedar bila kami bercinta, semua ini datang sendiri,” katanya kepada mStar.

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran muzik video Ayda Jebat iaitu Mana Ada Hati dan Better Than You yang diadakan di Liberte, Menara Lian Hoe, Tropicana Petaling Jaya,.

Tambah Nabil, hubungan itu masih baharu dan kedua-dua mereka belum merancang untuk ke peringkat yang lebih serius.

Namun kini, industri hiburan terima perkhabaran menarik apabila Ayda Jebat mengkongsikan gambar tanda telah dilamar kekasihnya itu.

Saya sudah berumur 31 tahun dan ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang!

Dalam posting terbaru, Nabil telah melamar Ayda sempena hari jadi dan menghadiahkan Ayda Jebat sebentuk cicin yang sangat cantik. Ramai rakan artis dan peminat teruja denagan perkongsian Ayda dan rata-rata dari mereka mengucapkan tahniah.

ashhryyyyy  shoo happy for youuu! Pillow talk soon! 

mfmirafilzah Awwwww 🥰 Congratulations and happy birthday baby girl!

dayanaroza Congratulations babygirl!!!! 

natashaelyzza Omgomgomg!!! Congratsssssssssss

lia_natalia Alhamdulillah Ya Allah

michaelang38 Congratsssss @aydajebat masa nikah Nanti mintak at least 3 carat vvs 1 diamond ya!

Sementara itu, Ayda, 27, mend3dahkan kehadiran Nabil dalam hidupnya menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.

Kehadiran Nabil dalam hidup Ayda jadikan dia manusia lebih baik daripada sebelum ini.

“Kalau orang cakap kenapa saya kawan dengan dia? Salah satu sebab kerana dia buat saya jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni,” katanya.

Ayda bakal mengeluarkan muzik video lagu Mana Ada Hati pada Jumaat diikuti dengan muzik video Better Than You pada 6 Disember depan.

Kedua-dua muzik video dijadikan sebagai konsep filem pendek yang bakal dibintangi pelakon muda Bryan Domani dari Indonesia dan juga Teejay Marquez, pelakon Filipina.

Dalam pada itu, Nabil mengakui selesa berkongsi foto mesra bersama Ayda di laman sosial kerana tidak mahu menyembunyikan perkara itu daripada peminat.

“Kalau masing-masing ada perasaan yang sama, tak ada benda yang nak disembunyikan, melainkan bertepuk sebelah tangan, sorang akan berkongsi, tapi lagi sorang hide,”

“Cuma, kami belum ada persetujuan lagi untuk menetapkan tarikh perkahwinan… harap semua doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sumber: M.B

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*