Kesian Gadis Bermisai Bulu Roma Halus Ini Tertekan Selepas Individu Ini Jatuhkan Maruahhhnya

Bagi lelaki pertumbuhan tertumpu di kawasan bawah dada, perut, ketiak, kaki, lengan, anggota sulit termasuklah bahagian muka iaitu dagu atau atas bibir, tidak dilihat sebagai gangguan serius.

Malah segelintir kaum Adam berpandangan pertumbuhan bulu roma pada bahagian tertentu menyerlahkan sisi maskulin dan bonus kepada ketrampilan mereka.

Sebaliknya, jika hal itu berlaku pada wanita, pertumbuhan bulu roma lebat boleh mengundang rasa kurang selesa. Malah ada wanita menghadapi krisis keyakinan diri apabila berasa terganggu dengan pertumbuhan ‘rambut tubuh’ pada bahagian yang tidak sepatutnya.

” saya tiada masalah jika wanita itu berbulu… Murah rezeki katanya.” – komen salah sorang netizen.

Umum tahu bahawa isu body shaming juga termasuk sebagai salah satu kategori buli yang boleh menjatuhkan keyakinan serta semangat individu itu.Semakin menjadi trend masyarakat kini memainkan isu body shaming atau mempersendakan diri seseorang berdasarkan rupa dan fikizal.Malahan ada yang sanggup menjadikan perbuatan itu sebagai bahan lawak.

Inilah yang terjadi ke atas seorang gadis yang berusia 20 tahun. Berdasarkan posting yang dimuat naik oleh Nur Amira Shazlil Shariza Azlie atau lebih mesra di sapa Amira, dia terlihat sedikit kecewa dengan tindakan seorang lelaki.

“Sewaktu di sekolah dahulu, saya pernah rasa sedih disebabkan oleh sekumpulan lelaki yang mengejek saya kerana ada misai, hinggakan saya rasa nak cukur tetapi ibu halang.

“Dan sekarang awak bangkitkan lagi isu ini. Terima kasih Mohd Amirin. Semoga tuhan merahmati awak!” kata Amira.

Posting yang dimuat naik oleh gadis itu di akaun Twitter miliknya pada Isnin mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 4,600 ulang kicau (retweet) dan 4,900 suka (likes).

Respons Amira itu selepas lelaki yang dikenali sebagai Amirin meninggalkan komen, ‘maaf saya tak suka perempuan bermisai,’ pada posting yang memaparkan beberapa foto gadis ini.

Kesal dengan tindakan lelaki ini, Amira sekali lagi meluahkan rasa yang terbuku dalam dirinya menerusi bebenang (thread) pada posting tersebut.

“Jika awak tak suka perempuan bermisai, tolong diam. Kerana apa yang awak lakukan sekarang bukan sesuatu yang boleh dibawa main, cuba letakkan diri awak di tempat saya. Adakah awak gembira jika ada orang kata begitu kepada awak? Untuk pengetahuan awak, saya tak minta untuk dilahirkan ada misai seperti ini,” katanya.

Menurut Amira, dia sendiri tidak menyangka akan timbul isu seperti ini kerana niatnya hanya ingin berkongsi beberapa foto di Twitter.
Masyarakat selalu beranggapan wanita ‘berkumis’ hilang ciri feminin, sedangkan masalah itu tidak semestinya menjejaskan fungsi atau kesihatan. Begitu juga keadaannya apabila bulu halus tumbuh di lengan atau kaki lebih lebat daripada biasa.

“Saya sedih dan hilang keyakinan diri lepas dapat komen tu. Niat saya nak kongsi gambar sahaja tapi bila dah jadi macam ni saya rasa down, tak ada semangat,” kongsi Amira kepada mStar.

Tambah anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini, insiden yang berlaku seakan-akan mengimbau kembali apa yang telah dia lalui sebelum ini. Jelasnya, ketika berada di sekolah rendah, dia sering diejek oleh rakan-rakannya kerana mempunyai misai.

Malah semasa di tingkatan empat, anak kedua daripada tujuh beradik ini sekali lagi ditegur oleh seorang pelajar lelaki dari kelas sebelah menyatakan, ‘ehh, banyak bulu kat tangan.. memang syok ni’.

Katanya lagi, walaupun tidak tahu akan maksud tersirat yang dikata oleh pelajar itu, namun Amira dapat menghidu maksud negatif.
Susulan itu, dia kemudiannya mengambil inisiatif untuk memakai sarung tangan setiap kali ke sekolah.

“Saya sendiri pun malu bila orang tegur dan pandang-pandang. Tak ada keyakinan dalam diri ni. Dalam keluarga saya sorang ja yang banyak (bulu roma). Kakak tak ada pula, yang lain tu semua lelaki biasalah.

“Pernah juga saya rasa nak cukur sebab malu sangat orang selalu tegur. Kadang mengadu dengan ibu, tapi ibu selalu pesan abaikan apa orang kata. Ibu cakap kalau cukur nanti lagi naik banyak. Entahlah…,” luah Amira.

Walaupun begitu, gadis ini bersyukur kerana masih ada individu yang memberi kata-kata positif dan semangat untuknya.

“Syukur juga, rupa-rupanya masih ramai yang sokong serta bagi kata-kata positif pada saya. Walaupun pada mulanya saya rasa down, lepas baca komen-komen netizen, saya rasa saya ni unik. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka, berkongsi tip malah ada yang ingatkan saya supaya jadi diri sendiri dan pedulikan apa orang cakap,” kata Amira.

“Hai, awak sangat cantik! Abaikan komen negatif mereka terutamanya komen-komen mengenai sifat fizikal anda kerana itu takdir anda. Orang sekarang tidak ada akal. Mereka hanya akan faham jika mereka ditempat kita,” kata seorang netizen menerusi ruangan komen.

Jelas Amira, berdasarkan respon netizen mereka mengatakan ini bukan pertama kali lelaki ini menyentuh serta menjadikan rupa fizikal seseorang itu sebagai bahan lawak.

“Satu sahaja saya nak pesan, kalau ini cara awak bergurau tolong hentikan. Sebab ia melibatkan sensitiviti seseorang individu itu. Bahkan boleh memberikan kesan terhadap keyakinan diri seseorang itu.

“Walaupun saya tahu, saya bukanlah orang yang pertama awak mainkan isu seperti ini. Tetapi saya berharap saya akan jadi orang terakhir untuk awak malukan,” luah Amira buat individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Seolah-olah tidak terusik dengan kecaman netizen, lelaki itu sekali lagi dilihat mengapi-apikan keadaan apabila dia kemudiannya meninggalkan komen, ‘kalau korang nak aku delete tweet ini, transfer dulu seorang RM10’ serta mengenakan tanda pagar #FundRaising.

Susulan pelbagai kes yang berlaku melibatkan isu body shaming hingga memberikan kesan negatif terhadap kesihatan mental seseorang individu itu.

Pihak berkuasa akhirnya memperkenalkan satu akta baru bagi membanteras gejala buli siber di bawah Seksyen 233 (1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa peka dengan sensitiviti masyarakat di sekeliling.

Untuk kefahaman umum pertumbuhan bulu roma di seluruh badan dipengaruhi oleh hormon androgen kecuali di kepala seperti rambut atau kening.Jadi secara semula jadi kitaran pertumbuhan bulu roma pada badan lebih singkat berbanding pertumbuhan rambut, kening dan bulu mata.

Pertumbuhan bulu roma pada anggota tubuh tertentu yang terlalu lebat disebabkan gangguan sistem hormon membabitkan masalah kelenjar adrenal, ovari dan kelenjar pitutari yang disebabkan gangguan sistem imun, ketumbuhan dan lain-lain.

Kredit:Mstar

1 Comment

  1. Bertabah la…zaman skarang ramai je pompuan bermisai…aku pon ade misai…n dah kwin…pompuan bermisai pon laku…abaikan komen2 negetif…sllu mulut org yg suke komen2 org nie mulut puake…so…
    truskan idop dgn bhgie…n igt 1 hal…karma tu ade…mgkin 1 hri nnti allah balas blik…mgkin istri or anak pompuan dy yg ade misai😂😂…✌️✌️✌️

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*