Sultan Johor Hulurkan Bantuan Bekalkan Sejumlah Besar Mesin Ventilator

Agama manapun di dunia ini selalu mengajarkan ummatnya untuk membantu orang-orang yang perlukan pertolongan. Bukan saja membantu dari segi wang, tetapi juga membantu mereka menghadapi berbagai persoalan hidup.Setiap hari kita berurusan dengan orang lain dengan cara mendapatkan bantuan serta khidmat daripadanya kerana kudrat diri yang terbatas.

Menyedari penggunaan ventilator amat diperlukan ketika krisis CCOVIDvv19, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 42 buah mesin berkenaan bagi kegunaan hospital di negeri Johor.Perkara itu dimaklumkan menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi baginda, baru-baru ini.

Menerusi posting berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan mesin tersebut kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.Sultan Johor bertitah, sumbangan berkenaan disampaikan baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Bantuan ventilator yang kita sampaikan ini juga adalah sumbangan daripada dermawan dan juga rakan saya lain.Ini adalah kerjasama di antara saya, rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan dalam merawat pesakit CCOVIDvv19,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, ventilator itu diagihkan kepada hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.

Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih lagi ketika musim penularan wabak CCOVIDvv19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital,” titah baginda.

Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.Hikmah digalakkan bersedekah ialah mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam masyarakat majmuk ini.

Memang manusia tidak ada yang sempurna. Walau bagaimanapun, berusaha mencapai kesempurnaan perlu menjadi keutamaan pihak yang menawarkan perkhidmatan kepada orang lain.Dalam konteks kehidupan harian pula, ada kalanya kita bertemu keadaan orang lain yang memerlukan bantuan. Maka, sangat elok sekiranya kita dapat cuba membantu. Mungkin ada orang datang menemui kita dan menceritakan masalah yang dilaluinya, maka kita bantu dengan memberi nasihat yang berguna kepadanya. Mungkin juga kita didatangi orang yang memerlukan sedikit wang untuk menguruskan kehidupannya, maka ambillah kesempatan itu untuk menghulurkan bantuan seadanya.

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*