Sufian Suhaimi Kini Secara Sah Sudah Bergelar Bapa Kepada Anak Comel Ini

Terdapat dua cara untuk mendapatkan anak angkat. Cara yang pertama ialah dengan secara terus daripada ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka sebagai anak angkat. Cara yang kedua ialah melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara perkara-perkara yang yang dipertimbangkan oleh JKM ialah latar belakang sosial pemohon serta kesanggupan pemohon menjadi keluarga angkat. Ini kerana pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu. Selain itu, syarat-syarat dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 juga perlu dipenuhi.

Antara syarat-syarat perundangan yang perlu dipenuhi ialah, ibu bapa angkat mestilah sekurang-kurangnya berumur 25 tahun dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak angkat itu:

– Anak angkat itu hendaklah di bawah umur 18 tahun,

– Ibu bapa dan anak angkat hendaklah menetap di Malaysia.

Penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan bahawa dia kini mengambil seorang anak angkat, Faeq Razeeq.Kongsi penyanyi lagu Di Matamu ini, umur dan kerjaya bukanlah penghalang baginya untuk berbuat demikian.

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT

Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi.Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini.Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.

“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab.Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat.Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini.

“Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya.Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies.

“When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki.Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau,” tulis Sufian.

Menerusi ruangan komen,rata-rata memuji sikap penyanyi itu dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Foto:Instagram Sufian Suhaimi

Kredit:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*