Suami Sibuk Bermesra Dangan Perempuan Lain Ketika Si Isteri Runggu Masa Nak Bersalin

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri.

Isteri sedang tunggu masa nak bersalin, suami pula bermesraan dengan perempuan lain. Wanita itu berkongsi kisahnya, disertakan paparan skrin perbualan WhatsApp antara dia dan suami menerusi page Kelab Soal Jawab Ibu dan Bakal Ibu Comel.

Begitulah ringkasan kisah duka yang dilalui seorang isteri, sebagaimana yang dikongsi menerusi laman Facebook dan kemudiannya tular.

“Tadi saya bergaduh dengan suami. Memang salah dia dah tiga hari tak balik rumah. Saya tengah menunggu hari nak bersalin. Tak larat anak kecil-kecil dengan sarat. Saya risau saya sakit malam-malam je. Saya call suruh balik dia kata ada OT (kerja lebih masa). Tak apalah saya diam.Tadi keluar beli barang anak saya nampak suami tengah mesra dengan perempuan lain,” dedah wanita itu.

Sambungnya lagi, dia terus menghantar mesej WhatsApp kepada suaminya untuk bertanyakan tentang perkara itu. Namun, lelaki berkenaan enggan mengaku biarpun dia sudah menghantar bukti dalam bentuk gambar.

“Suami saya mendoakan saya mati bila bersalin nanti. Adakah doanya diterima? Saya takut juga memikirkan takutnya nak bersalin. Serabutnya saya,” tulis wanita itu.

“Wey celaka kau sedar diri kau tu nak beranak. Aku doakan tak keluar anak tu nanti. Aku doa kau mati je beranak nanti, Amin,” tulis lelaki itu.

Dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang dimuatnaik, lelaki itu turut memaki isterinya.

Posting berkenaan sehingga kini menerima lebih 1,600 tanda suka dan dikongsi lebih 1,100 pelayar Facebook.Rata-rata netizen turut memberi komen berhubung kes berkenaan.

“Simpati dengan sis. Tabahkan hati sis demi kesihatan sis dan bayi sis.

Semoga masa akak tu tengah sakit bersalin, suami dia pula sakit kena laknat.

“Doa ibu mengandung lebih makbul dan mustajab sis. Awak doalah semoga kandungan awak dengan awak sekali selamat apabila menempuh hari beranak nanti,” tulis beberapa netizen.

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*