Nabil Ahmad Tampil Mohon Maaf Kepada Alyah Secara Lansung Semalam

Mungkin kerana kerap diasak atau ditanya di IG mengenai usikan-usikan Nabil dan Jihan di dalam Program Gegar Veganza menyebab Datin Alyah mengesahkan dia tidak pernah terasa hati dengan perkara itu.

Terdahulu Datin Alyah tidak pernah terasa hati atau menyimpan dend4m terhadap pengacara program Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia tidak kisah meskipun sering menjadi bahan usikan dengan suaminya, Datuk Ramli MS.

“Tak pernah berasa geram atau m4rah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,” katanya

“Nabil dan Jihan tak pernah pun mesej untuk cakap maaf. Sebab saya anggap mereka bergurau.Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi itu kerja mereka, jadi saya biar saja.Saya juga tak ambil hati atau simpan dend4m. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja,” katanya.

Semalam. pengacara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf secara langsung kepada penyanyi terkenal, Datin Alyah susulan tindakan menjadikan penyanyi itu sebagai bahan usikan.

Permohonan maaf itu dibuat sebaik sahaja Nabil dan Jihan Muse selesai membuat persembahan pembukaan pada konsert minggu kelima, malam ini. Jihan, yang mewakili Nabil memaklumkan hasrat tersebut kepada Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan.

“Datin pun fahamkan kami daripada keluarga GV besar, tetapi saya mewakili Nabil, dia kata dia nak minta maaf (kepada Alyah) sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati Datin. Kami faham Datin mungkin tidak ambil hati,” kata Jihan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah hati itu bagaimanapun secara professional memaklumkan bahawa beliau tidak pernah berasa hati dengan tindakan Nabil.

“Ada benda (kata-kata) yang dia (Nabil) cakap kadang-kadang macam perlu ke? Tetapi saya tidak ambil hati.Dia (usikan) macam sudah biasa, (dan) dia acara tahunan,” balas Alyah.

VIDEO

Nabil yang terkenal dengan lawak jenakanya dilihat sering mengusik Datuk Ramli MS dan isteri, Alyah setiap kali konsert Gegar Vaganza. Dalam pada itu, Alyah sebelum itu muncul di pentas GV6 dengan membuat persembahan menerusi single terbaharunya, Meluruh.

Sumber astro awani

Okay lah kan orang luar je yang rasa lebih-lebih. Datin Okay je.. Peace ..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*