Sharnaaz Ahmad Akhirnya Membuat Keputusan

Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang maha mengetahui. Setiap dari kita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza apabila dikaitkan dengan jodoh. Kehadiran jodoh adalah sesuatu yang tidak terduga dan tidak disangka-sangka.

Begitulah kalau sudah jodoh, tak akan ke mana dan bersatu juga akhirnya kerana itulah yang diaturkan oleh Allah SWT dengan mempunyai hikmah disebaliknya. Sejak kita lahir dari perut ibu lagi Allah telah tentukan bagaimana dan siapakah jodoh kita nanti.

Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk pada 30 September bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Terdahulu ketika prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian yang difailkan Nabila, 35.

Malah Nabila turut menyatakan pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.

Bagaimanapun peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz, 34, bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Menerusi permohonan penceraian itu, Nabila berkata dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi laporan mStar pada 20 Mei lalu, Sharnaaz memberitahu hubungan rumah tangganya dengan Noor Nabila Mohd Noor dalam proses pemulihan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia lebih mengutamakan anak lelakinya Jebat Jayden Ahmad yang ketika itu mengalami jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Sharnaaz ketika ditemui mStar memberitahu apa jua yang terjadi pada rumah tangga mereka selepas ini, keutamaannya tetap pada anak lelakinya itu.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, terkadang tidak semua jodoh kita itu berkekalan dan adakalanya hanya separuh jalan berakhir dengan kecewa dan marah yang amat sangat sehingga sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa si dia bukan jodoh untuk kita.

Kredit:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*