Selepas Tiga Bulan Perpisah Fizo Omar Dan Mawar Karim Bersepakat Buat Keputusan

Perc3raiann ni adalah topik yang jarang orang bincangkan, tapi ia masih berlaku dan boleh jejaskan kewangan korang. Daripada yuran guaman kepada alimoni sehinggalah jumlah perbelanjaan lain yang terpaksa dikeluarkan hanya untuk memfailkan penceraian.

Bila masuk topik kos pencraiann ni, terdapat banyak kos yang terlibat sehingga susah untuk buat anggaran. Contohnya, jumlah permohonan petisyen penceraian yang difailkan, pemilihan peguam, tempoh prosiding mahkamah, jenis kes dan sebagainya akan menjejaskan kos yang perlu ditanggung oleh pasangan.

Terdapat dua jenis bantuan/nafkah asas: belanja sara hidup anak-anak dan belanja sara hidup pasangan. Selalunya, bantuan ni akan ditanggung oleh si suami. Walau bagaimanapun, jumlah bantuan belanja sara hidup yang diberikan tak ditetapkan.

Bantuan ini akan ditetapkan sama ada melalui rundingan dari peguam kedua-dua belah pihak ataupun melalui keputusan mahkamah. Kriteria yang menentukan jumlah bantuan yang diberikan adalah bergantung kepada pendapatan semasa si suami, perbelanjaan bulanan dan lain-lain.

Perkahwinan yang dibina sejak November 2013 akhirnya terlerai apabila pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim reda jodoh mereka berakhir 10 Julai lalu.

Kongsi Fizo atau mesra disapa Abe Joe, dia membuat membuat pengumuman secara terbuka menerusi Facebook, awal hari ini. Bukan sahaja ikatan perkahwinan terlerai, malah perusahaan restoran yang dibina bersama iaitu FizoMawar’s Kitchen (FMK) juga akan ditutup operasi 27 Oktober depan.

Apabila dah jadi seperti ini, pelbagai perasaan yang saya tempuhi seperti perasaan dengan pelanggan. Ketika kami berpisah pun ramai pesan supayan jangan tutup, terutama pelanggan tetap kami kerana mereka sudah sebati dengan makanan di FMK (FizoMawars’ Kitchen). Tapi saya percaya, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami,”kongsinya yang memulakan operasi restoran tersebut sejak 2015.

Sebenarnya berat untuk saya umumkan dan buat keputusan ini. Kami (Fizo dan Mawar) sudah berbincang dan kami sepakat untuk bersetuju tamatkan operasi Fizo Mawar’s Kitchen (FMK) di Bangi dan Kota Bahru.

“Banyak kenangan dan usaha yang kami lakukan seperti wang ringgit yang telah dilaburkan, tapi mungkin itu yang terbaik,” katanya sebak. Fizo bagaimanapun akur dengan keputusan yang dibuat bersama untuk menutup restoran yang menyajikan pelbagai hidangan panas Thai.

“Saya minta maaf kepada mereka khususnya pelanggan dan rakan selebriti yang datang ke restoran kami setiap minggu. Saya tahu ramai yang terkejut dan ada juga yang tak boleh terima kenyataan. Tapi Alhamduliilah restoran kami dapat berkongsi rezeki dengan 100 orang pekerja,” akurnya yang kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan majlis bersama peminat dan pelanggan bersempena penutupan operasi restoran tersebut.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini juga memohon maaf khusus kepada para pelanggan dan rakan selebriti yang tidak putus-putus menikmati makanan di restoran itu.

Video : Facebook Fizo Omar Kredit:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*