Selepas Netizen Marah Norman Hakim Tak Patuhi SOP, Norman Muatnaik Gambar Keluarga Raya Kedua Tapi Ada Satu Gambar Buat Netizen Tak Jadi Marah

Sudah menjadi kebiasaan buat ahli keluarga untuk bergambar beramai-ramai ketika menyambut Aidilfitri dengan tujuan merakam kenangan meraikan lebaran setahun sekali itu.

Namun, gara-gara PKP dan larangan rentas negeri dan daerah, beberapa orang selebriti telah mengundang persoalan dalam kalangan netizen apabila mereka ini dilihat seperti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika hari raya.

Antara selebriti yang menjadi tumpuan berkenaan pelanggaran SOP itu adalah Norman dan isteri, Memey serta Abby dan suaminya berserta anak-anak yang kesemuanya berjumlah 13 orang.

Ianya menjadi persoalan dan pertikaian apabila keberadaan Abby dan suami serta anak-anak mereka dalam satu bumbung bersama Norman dan Memey.

Selain itu, pelakon Rozita Che Wan juga menjadi tumpuan apabila dia memuat naik foto bergambar bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.

“Anak menantu dan cucu..” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial artis berkenaan tampil menanyakan soalan mengenai keberangkalian mereka ini melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan ataupun sememangnya tinggal serumah.

NORMAN HAKIM MUAT NAIK GAMBAR DI HARI RAYA KEDUA YANG BUAT NETIZEN KETAWA

Selebriti Norman Hakim telah memuat naik 2 keping gambar di media sosial rasmi belia di Instagram dan kali ini hanya bersama isteri dan anak anaknya tanpa kehadiran dari belah keluarga Abby Abadi.

Jika dilihat pada gambar pertama adalah seperti biasa. Keceriaan bergambar bersama keluarga di hari raya tetapi jika anda lihat gambar kedua buat netizen yang sebelum ini tidak puas hati dengan Norman Hakim boleh bertukar menjadi gelihati.

“Pi mai pi mai..ke belakang (swipe) jugak perginya , Salam 2 Syawal 1442H” – Norman Hakim

Rasanya ini adalah pertama kali netizen nampak ada scan code MySejahtera ditampal didalam bilik tidur di bucu katil.

Rata rata netizen terhibur dengan gambar yang dimuatnaik oleh Norman Hakim tetapi ada netizen yang mengatakan ini cara Norman menyindir SOP.

“Letih la kalau nak tidur je kena scan” kata seorang netizen bernama AKA

“Lain macam perli SOP nie hehe!” seorang netizen bernama Rom juga meninggalkan komen.

“Baguslah ada scan mysejahtera, baru betul betul patuh SOP haha!” kata netizen bernama Sam Madu

Apa pun di hari yang mulia ini kita saling bermaaf maafan lah. Sudah sedia maklum ramai yang agak tertekan apabila masuk tahun kedua tidak dapat beraya dengan sempurna.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*