Bila PM Muhyiddin Umum PKP Penuh Bermula 1hb Jun Ini, Tiba Tiba Facebook Muhyiddin Yassin Dihujani Dengan Kata Kata Ini

Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jika perintah berkurung penuh Fasa Pertama itu berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, perintah berkurung Fasa Kedua akan dilaksanakan.

Katanya, Fasa Kedua akan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Pelaksanaan perintah berkurung Fasa Kedua itu akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

“Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.

“Menerusi PKP, aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

“Bagaimanapun, keputusan untuk beralih daripada satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19,” katanya.

Susulan pengumuman perintah berkurung penuh itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akan diumumkan.

“Susulan keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

“Apa yang terbaik ialah duduk di rumah atau ‘stay at home’ untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19,” katanya.

Sebelum Ini Ramai Komen Negatif, Hari Ini Lain Pula

Selepas Perdana Menteri buat pengumuman tentang PKP akan dilaksanakan di Facebook beliau, dalam sekelip mata beribu komen yang masuk

Jika sebelum PKP diumumkan, apa jua posting yang dibuat di Facebook Perdana Menteri sudah pasti ramai netizen yang mengecam tindakan kerajaan tidak pentingkan rakyat.

Sebelum ini ramai yang mengesa kerajaan melaksanakan PKP menyeluruh dan bukan PKP separuh masak.

Tetapi hari ini ramai yang tinggalkan komen positif berbentuk terima kasih kepada Perdana Menteri.

“Terima kasih YAB PM prihatin rakyat tan sri dah lakukan yg tbaik demi rakyat syukur ya Allah dpt pemimpin mcm Abah alhamdulilah smoga total lockdown mbawa kebaikkan buat kita semua dan negara”

“Ini baru betul PM.. Biar sakit sekejap.. Dan kesian pd frontliners dan kami x tahu kemana arah sentiasa ketakutan sebab kes meningkat.. 1 demi 1 m4ti.. Cegah sebelum merebak lbh teruk”

“Moga ada kebaikan dari tindakan ini…. Mari sama2 kita patuhi lockdown ini”

“TERIMA KASIH PM” – NETIZEN

Komen di Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melebihi 10 ribu komen tidak sampai 1 jam kenyataan itu dimuat naik.

Rata rata ucapkan syukur dengan tindakan kerajaan dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Rujukan : BHARIAN ONLINEĀ 

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*