Sangkut Hampir 3 Jam Di Tol Sungai Besi, Berlaku Sedikit ‘Kekecohan’ Antara Pengguna Jalan Dengan P0lis(Video)

Siang tadi tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dilapor sesak berikutan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di sana. Difahamkan banyak kenderaan yang terpaksa beratur panjang untuk melepasi sekatan berkenaan.

Bagaimanapun kesesakan tadi ditambah dengan riuh apabila berlaku sedikit ketegangan antara anggota polis yang bertugas dengan segelintir orang awam dan pemandu yang terlibat.

Memetik laporan BERNAMA, difahamkan mereka mulai resah apabila sudah ‘tersekat’ hampir tiga jam lamanya. Tidak kurang juga ada kenderaan yang dilapor kehabisan petrol serta kepanasan enjin akibat kesesakan tersebut.

Menurut BERNAMA, kesesakan tersebut didakwa berlaku rentetan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia di seluruh negara tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Jun depan.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuat kuasakan bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Berikut di bawah adalah rakaman fotoBERNAMA sewaktu membuat tinjauan di plaza tol berkenaan hari ini.

Berlaku sedikit ketegangan antara anggota polis bertugas dan orang ramai akibat tersekat terlalu lama di tol Sungai Besi menuju ibu kota. Orang ramai mulai resah apabila sudah hampir 3 jam tersekat dalam sesak jalan raya, terdapat juga kenderaan yang telah kehabisan petrol serta kepanasan enjin akibat kesesakan trafik Tol Sungai Besi menuju ke ibu kota ketika tinjauan fotoBernama di plaza tol Sungai Besi, hari ini.Ia susulan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini (10 Mei) hingga 6 Jun depan.- Posted by Bernama TV on Monday, May 10, 2021.

VIDEO:

Sumber: BERNAMA Via SiakapKeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*