Tunai Janji Dan Menunaikan Subuh Bersama Bapa Safiey Illias Baru Terasa Nikmatnya

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak semestinya kalau kita lihat seseorang itu sudah menyimpang dari landasan, harapan untuk dirinya berubah itu jauh.

Terbaru, usahawan terkenal Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya. Ramai 0eminat terkejut kerana beliau kini kerap memuat naik aktiviti yang lebih positif buat peminat.

Beliau dikenali sebagai individu yang berjaya, namun taktik pemasaran yang digunakan membuatkan orang ramai marah dan salah faham. Kejayaan seseorang harus dijadikan contoh buat generasi akan datang, namun jika cara pemasaran yang ‘kotor’ pastinya mengundang tidak rasa selesa.

Saya tunaikan janji saya . Raya lepas saya ckp last pakai baju perempuan . Hari Raya Qorban saya janji dgn mak dan ayah pakai lelaki . INILAH PENGORBANAN SAYA YANG SGT BESAR . Doakan sya yg baik2 ☺️☺️☺️ saya sntiasa berdoa dan masih mncari hidayah . kayuh pelan2 . Saya xnk drastik . Saya perlukan ruang . 2 bulan setengah dh pakai laki . .
.
Janji Allah syg , Nabi syg dan paling penting mak ayah dan keluarga gembira .

Peminat sungguh-sungguh berharap kali ini beliau bukan lah melakukan kebaikan atau menggunakan agama bagi trknik pemasaran untuk melariskan perniagaan beliau.

Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.

“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa sempena Raya K0rban. Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.

Alhamdulillah semoga kali ini Safiey betul-betul hendak berubah dan istiqomah. Amin

Sumber : Instagram Safiey Illias via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*