Ruhainies Yakin Teman Lelaki Tahan Godaan Walaupun Sering Didekati Wanita Miang Hanya Kerana Perkara Ini

Hidup berpasangan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya diantara dua sudut hati yang berlainan kemudian bakal menjadi satu. Rahsia hubungan cinta yang berjaya dan kuat datangnya dari kepercayaan, komitmen diantara pasangan dan persefahaman. Hubungan cinta yang sihat amat penting kerana ia memberi efek psikologi yang juga sihat namun ia memerlukan kesabaran, kerjasama untuk membentuk hubungan yang baik.

Ruhainies sebelum ini pernah memberitahu belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E.Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia bimbang kehidupan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

Pelakon Ruhainies berkata dia sudah lali berhadapan dengan wanita miang yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya di media sosial.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, dia dan teman lelakinya juga tidak pernah berbalah mengenai perkara itu kerana saling percaya antara satu sama lain.

“Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.

“Ada orang kata teman lelaki saya digoda wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digoda jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak,” kata Ruhainies kepada mStar.

Mengakui serius dalam perhubungan kali ini, adik kepada pelakon Risteena Munim ini memberitahu dia sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya iaitu bertunang.

“Kami jujur sesama sendiri, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari dan untuk itu, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya,” katanya.

Dia seorang yang kacak, penyayang, budiman, setia dan sangat pentingkan keluarga. Dia juga bukan sejenis yang bergaul dengan perempuan dan kebanyakkan kawan-kawan dia juga adalah lelaki.

Hubungan cinta yang matang atau sihat ialah sabar, menghormati, memahami, tiada keraguan, mendengar, percaya, gembira diatas kejayaan pasangan, terima cinta mereka tanpa syarat atau motif dan sedia memaafkan.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*