Risteena Dikatakan Sedang Hangat Bercinta Dengan Isa Khan

Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian. Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.

Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?” Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu? Hati mana yang tak rasa sunyi? Tiada siapa yang boleh menyangkal keindahan bercinta. Begitu agungnya pandangan manusia terhadap cinta.

Khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki. Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam disebalik sejambak bunga.

Menerusi foto tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa Khan.

Teka teki hubungan percintaan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena masih menjadi tanda tanya berikutan kedua-duanya masih mengunci mulut apabila ditanya tentang hal itu.

Isa, 26, yang dihubungi mStar berkata, dia hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi bagi membuat pengumuman itu termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.

“Apa yang saya tulis di IG itu saja yang mampu saya cakap buat masa sekarang ini. Demi menjaga hati beberapa pihak, saya minta maaf.

“Nanti saya akan umumkan tak lama saja lagi,” kata Isa secara ringkas pada Khamis.

Isa diminta mengulas mengenai foto yang memperlihatkan dia mencium kepala kekasihnya dengan kapsyen luahan perasaan terhadap wanita tersebut di Instagram.

“Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapa pun. Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku. Kamu telah menerima aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracun fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku. Kepada sahabat media, minta maaf saya tak boleh beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Minta doa daripada anda semua untuk permudahkan urusan saya dan dia,” katanya.

“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku rasa kita sudah lama kenal. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji dengan kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Isa memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa kini namun mengharapkan segala urusannya dipermudahkan.

Adik kepada pelakon terkenal Indonesia Miller Khan ini menganggap kehadiran wanita itu membawa semangat baharu dalam kehidupannya.

Risteena dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Isa Khan. Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila pelakon wanita itu memuat naik foto bersama Isa Khan dan kakaknya,Farali Khan berserta kapsyen ‘Family’. Namun, foto itu sudah dipadam.

Difahamkan sebelum ini Risteena pernah memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya, Ikhwan Khairuddin pada November tahun ini selepas enam tahun bercinta. Bagaimanapun, ada sumber mengatakan hubungan cinta mereka sudah terlerai.

Jadi, ada apa-apa ke Risteena dan Isa Khan? Kalau betul dah ‘single’ dan sedang hangat bercinta, apa salahnya kalau umumkan, tidak ada lah timbul sebarang spekulasi ataupun fitnah nanti. Harap tuan empunya badan dapat tampil menjawab segala persoalan.

KreditSumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*