Respon Win Dan Padu Ardell Aryana Setelah Ditegur Individu Ini Tentang Penampilannya Selepas Kahwin

Terdapat sebahagian ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar oleh wanita. Namun begitu, ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.

Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Sahih Bukhari, no: 5804). Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri.

Sebab memakai baju tshirt dengan seluar kain pelikat, pelakon Ardell Aryana ditegur seorang netizen yang memintanya tampil lebih kemas selepas bergelar isteri. Netizen tersebut berpendapat penampilan isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa sebagai pelik dan jarang dipakai oleh wanita biasa.

Pelik benar pakaiannya. Jadi isteri kena pakai la molek-molek sikit. Serabut tengoknya,” komen individu yang menggunakan akaun bernama Msdianra_.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, yang membalas komen tersebut menganggap setiap individu mempunyai citarasa dalam berfesyen. Bagaimanapun, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu mengambil teguran itu secara positif dan akan belajar cara untuk lebih bergaya.

Setiap orang itu lain-lain sebab itu saya tulis dekat kapsyen, saya orang yang biasa… mungkin tak semolek awak. Untuk suami atau bakal dapat isteri yang molek macam awak. Tak apa saya akan belajar bergaya lagi supaya tak serabut lagi mata sis,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Ramona Zamzam turut meninggalkan komen memuji penampilan Ardell yang sentiasa cantik walaupun berpakaian biasa. Menurut Ramona, seseorang itu cantik apabila memiliki hati yang bersih dan sentiasa bersikap positif seperti Ardell.

“Tidak sayang, awak kelihatan elok saja. Kecantikan itu tidak dinilai dengan solekan, kasut tumit tinggi dan baju. Asalkan hati tiada hasad dengki, sentiasa positif, orang sekeliling awak bahagia dan sudah cukup untuk buat seseorang itu cantik. Dan itulah anda, biasa-biasa itu la yang lebih cantik. Jadi diri sendiri… awak cantik,” tulisnya.

Nadzmi sebagai suami tampil menjelaskan insiden yang ditonton orang ramai itu berlaku disebabkan isterinya mempunyai masalah kebimbangan melampau (anxiety) serta kemurungan yang terus dan kini masih dalam rawatan.

Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas kira-kira lapan tahun mengenali satu sama lain. Sebelum ini, Ardell pernah dikecam selepas video dia mengigil ketika disarungkan cincin pada hari pernikahannya awal September lalu.

Oleh itu, adalah harus bagi perempuan untuk memakai jeans selagi mana jeans yang dipakai berbeza dengan lelaki dan longgar (tidak menampakkan bentuk punggung dan kaki).

Bagi sneakers pula, di pasaran terdapat perbezaan antara sneakers lelaki dan perempuan. Bagi mengelakkan isu menyerupai lelaki, seorang perempuan haruslah memilih sneakers yang direka untuk perempuan sahaja.

Secara umumnya, seorang Muslimah seharusnya memilih pakaian yang sesuai dan menutup aurat. Pemilihan pakaian juga seharusnya bersesuaian dengan tujuan dan tempat si pemakai. Sebagai contoh, jika seorang muslimah ingin bersukan, pakaian yang sesuai semestinya berseluar, berbaju sukan dan berkasut sukan. Berbeza pula jika seorang muslimah ingin menghadiri majlis keramaian. Pakaian yang lebih sesuai hendaklah lebih sopan seperti berbaju kurung.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*