PU Abu Cuba Ditumbangkan Oleh Empat Ke Lima Orang

Hidup ini hiasannya ujian dan mehnah. Ujian itu sudah sebati bukan hanya pada kita bahkan sudah menjadi rencah hidup para nabi dan Rasul.

Mana ada manusia yang hidupnya tiada goncangan, sebagaimana laut yang tidak pernah berhenti beralun dengan ombaknya. Dalam menempuhi jalan kehidupan, manusia tidak akan pernah terlepas daripada membuat pilihan. Sama ada pada sekecil-kecil perkara atau sebesar-besar perkara.

“Sampai macam tu sekali korang benci dia?” demikian reaksi netizen selepas melihat kesan calar pada kedua-dua belah tangan pencetus ummah (PU) Abu Sufyan.

Netizen tertanya-tanya berhubung punca sebenarnya kesan luka di tangannya itu berdasarkan sebuah foto yang dikongsikannya di Instagram pada Selasa.

Tanpa menyatakan dengan jelas, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi meluahkan rasa syukur sungguhpun terus menerima ujian daripada Allah.

Menerusi kapsyen, PU Abu memberi gambaran seolah-olah kesan calar dan luka itu berlaku selepas dia didatangi beberapa individu.

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa simpati dan ingin tahu malah pelbagai spekulasi dibuat termasuk kemungkinan dia dipukul atau terlibat dalam pergaduhan.

PU ABU: Alhamdulillah aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa2 yg berlaku hanya sekadar calar balar cili bili culu bulu di tangan 🤣.4 – 5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku.Allah adalah sebaik2 pelindung.😊 Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat dari siapa kita hari ini,kuncinya hanya satu iaitu SABAR☺️

“Bertabahlah, kuatkan semangat. Setiap orang ada dugaan tersendiri. Harap ustaz Abu kuat dan kekal yakin hadapi ujian mendatang. Kenapa pula tu Abu? Ada orang pukul Abu ke?

“Ya Allah… Takkan sampai macam tu sekali korang benci? Sampai buat dia macam ni. Ingat, dia cari rezeki untuk keluarga. Aku bukan back up, tapi fikir balik kita pun tak sempurna.

“Aku doakan orang yang buat kat kau dapat balasan dan aku doakan kau berubah jadi yang lebih baik,” tulis netizen di Instagram.

Pendakwah bebas ini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April lalu selepas kisah perceraiannya dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif dihebahkan di laman sosial.

Kontroversi melibatkan PU Abu terus berpanjangan apabila muncul seorang wanita dikenali sebagai Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir yang didakwa sebagai orang ketiga disebalik penceraiannya dengan Ain ‘Afini.

PU Abu akhirnya mengesahkan mengahwini Hana Azraa pada awal Mei lalu. Dia mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Ain ‘Afini iaitu Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan pada 7 Jun lalu.

Bila kita sudah melakukan sehabis daya untuk hidup ini, letakkan pengharapan natijah kepada Allah. Kita hanya pengusaha sedang natitahnya bergantung kepada Allah yang memegang segala natijah.

Tawakal itu bagaimana? Ia umpama si mati yang sudah tidak berdaya melakukan apa-apa, hanya terkujur diperbaringan, menyerahkan urusan kafan, mandi dan pengebumian kepada pengurus jenazah. Saat itu, kita hanya mampu berserah. Semoga kita terus kuat, jalan ini masih panjang.

KreditSumber:Mstar & IG PU Abu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*