Polis Siasat Bekas Polis Ini Kerana Jemput Polis Yang Buat Rondaan Aidilfitri Makan Dalam Rumah. Ini Komen KPD Shah Alam Tentang Gambar Itu

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan enam anggota polis yang menikmati juadah di rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, pada Hari Raya Pertama Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan itu hasil laporan polis terhadap posting yang telah dimuat naik di dalam sebuah akaun facebook serta twitter.

Katanya, berdasarkan siasatan pemilik akaun Facebook tersebut merupakan Kamarudin Mat Desa merupakan bekas pegawai kanan polis yang telah bersara pada tahun 2007 dan jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

Gambar yang telah dimuat naik dalam akaun Facebook itu kemudianya telah tersebar sehingga ke laman Twitter.

RUPANYA MEREKA SEDANG PERIKSA RUMAH BEKAS POLIS TERSEBUT

Gambar yang tular di media sosial sehingga membangkitkan ketidakpuashatian netizen

“Berdasarkan gambar itu, kelihatan enam anggota orang Polis dari Balai Polis Seksyen 6 yang sedang menikmati juadah dan gambar tersebut dirakamkan pada hari raya pertama (kelmarin).

“Pada hari kejadian, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan di rumah Kamaruddin atas tugas pemantauan Ops Covid-19 memandangkan terdapat enam buah kereta yang diletakkan di kawasan rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan siasatan kini dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.
(Melanggar SOP PKP) dengan sabit kesalahan boleh dikompaun sehingga RM2,000 kepada pengunjung dan RM10,000 terhadap pemilik rumah.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera,” jelasnya,

Terdahulu tular gambar anggota polis berkumpul menikmati juadah di sebuah rumah ketika pemantauan Ops Covid-19 dengan seorang pengguna laman twitter ingin mengetahui status sama ada perbuatan tersebut boleh dikenakan kompaun.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*