Bertahun Tahun Menetap Di Kanada Azah Aziz Tetap Bawa Perangai Macamni

Pelakon era 90-an, Azah Aziz yang hampir dua dekad menetap di Montreal, Kanada sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi foto menghadiri perarakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Instagram miliknya.

Dikecam teruk netizen, pemilik nama sebenar Norazah Aziz, 46, menegaskan dirinya berhak sepenuhnya ke atas akaun Instagram itu dan lantang membalas komen.

“Biarlah, hak masing-masing. Esok hari baru, semua orang akan teruskan kehidupan,” tulisnya membalas komen netizen.

Terbaru , Azah menghiburkan ramai pabila foto panjat pokok nya mendapat perhatian ramai. Meskipun sudah menjalani kehidupan di negara barat namun dramatis popular era 90-an, Azah Aziz tetap dengan perangai ketika tinggal di kampung dahulu.

Azah, 46, yang kini menetap di Montreal, Kanada mendedahkan ketika zaman kanak-kanak dia suka memanjat pokok jambu, di depan rumahnya.

Hobi itu kekal hingga sekarang namun bezanya dia kini memanjat pokok epal pula.

“Kat Malaysia dulu-dulu suka panjat pokok jambu depan rumah, sini kita panjat pokok apple,” katanya.

Ibu anak tiga cahaya mata ini membuat pendedahan tersebut menerusi perkongsian sekeping gambar dia sedang memanjat pokok epal. Selain itu, Azah juga memuat naik sebuah video memberitahu, di sana sekarang sudah bermula musim buah epal dan dia teruja memetik epal merah yang sedang masak ranum.

Pengakuan Azah mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan pengikutnya yang menasihatkan wanita itu agar berhati-hati dan jangan sampai terjatuh.

Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka yang juga suka memanjat pokok.

Foto Azah bersama anak-anak lelakinya yang sudah besar panjang dan juga memiliki rupa paras yang menarik.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mhetv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*