Penyanyi Masya Masyitah Gunakan Alasan Ini Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Mengundang Amarah Orang Ramai

Tindakan penyanyi Masya Masyitah mendedahkan dirinya mendapat surat kebenaran merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Kedah pada Aidilfitri, mengundang kemarahan warganet.

Masya menerusi laporan portal Berita Harian semalam (Rabu) memberitahu, kebenaran tersebut diperolehi selepas membuat permohonan atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Menurut Masya, dia mendapat pelepasan selama empat hari dan akan memanfaatkan masa tersebut untuk meluangkan masa meraikan Syawal dengan berkumpul bersama keluarganya di Kulim, Kedah.

Tinjauan Gempak di laman sosial Facebook BH Online mendapati, pengguna mula mempertikaikan kebenaran yang diperolehi penyanyi tersebut.

Terdahulu, penyanyi tinggi lampai itu bersyukur dapat menyambut Aidilfitri bersama bapa, abang dan adiknya apabila diberi pelepasan selama empat hari pulang ke kampung halaman, tahun ini.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff dan ibunya dapat pulang beraya ke Kulim sejak 10 Mei lalu.Sejak membina kerjaya seni, Masya ditemani ibunya tinggal di Kuala Lumpur.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*