P0lis Datang Setelah Terima Aduan Ada Yang Main Mercun, Namun Ada Yang Berani Sampai Baling Mercun Dekat P0lis

P0lis Diraja Malaysia (PDRM) benarkan 36 bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-pop’ untuk jualan sempena Aidilfitri kali ini, dengan syarat peniaga perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh P0lis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata kelulusan dasar sudah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api secara jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.Sekiranya berlaku pelanggaran syarat, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 8 Akta 207 dan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Satu kejadian yang berlaku di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, dimana Pihak PDRM datang setelah menerima aduan penduduk apabila ada pihak yang main mercun sehingga menggangu penduduk lain.

VIDEO 1

Apa yang dikesali,ada pihak yg berani membaling mercun kearah anggota polis yang datang,keadaan menjadi kecoh namun setakat ini tiada tangkapan atau kecederaan dilaporkan.

VIDEO 2

Terdapat tiga larangan untuk aktiviti penjualan semua jenis bunga api itu iaitu menjual kepada pembeli berumur bawah 18 tahun, urus niaga melalui dalam talian (online) atau sebarang aplikasi media sosial dan penjualan oleh pengusaha restoran atau kedai makan. Terdapat sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum yang tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar raya.

Ia terdiri daripada Happy Boom Red Cracker (8 inci), Red Cracker (Cake), Celebration Red fire Cracker, Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot), Assorted Celebration Cake Repeat (1.5 inci 138 shot), Shoot Cake (1 inci 16 shot), Shoot Cake (1 inci 25 shot), Shoot Cake (1 inci 36 shot) dan Happy Boom Tikus 50 (50 Misile).

Kredit:InfoRoadBlock

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*