Aku Sibuk Nazim Enggan Terima Watak Kedua Jika Hero Tak Semenggah

“Second ? What second ? Kenapa bukan saya yang pertama? Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan.Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah ke mana,” tulisnya di Instagram.

Pelakon Nazim Othman meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan tawaran memegang watak kedua berbanding menjadi pelakon utama.Nazim, 35, berkata, dia hanya menerima tawaran sebegitu jika watak utama diberikan kepada pelakon yang lebih bagus dan layak daripada dirinya.

Lebih p4rah, kata Nazim, watak utama itu dipilih berdasarkan populariti semata-mata.

Nazim kecew4 jumlah pengikut di media sosial jadi kayu ukur bakat.

Tambah Nazim, dia berasa kecew4 apabila bakat selebriti itu diukur melalui jumlah pengikut di media sosial. Dia berkata, pengikut atau populariti yang bersifat sementara berbanding bakat sebenar yang ada pada seseorang pelakon.

“Sekarang ini, kebanyakan yang pertama tu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di platform media sosial.Kalau macam ni lah bakat tu diukur, kita ni hanya takdir. Tak semestinya seseorang yang ramai followers tu betul-betul berbakat,” tulisnya.

Nazim tak kisah bawa watak apa asalkan watak utama lebih baik darinya.

Dalam pada itu, pelakon drama Terima Aku Seadanya ini turut berbalas k0men pengikutnya di laman sosial bahawa dia sentiasa bertolak ansur dengan bayaran namun akan mempertimbangkan tawaran watak kedua.

“Saya tak kisah play second, watak sikit pun saya buat kalau kuat karakternya. Bayaran pun banyak kali saya compromise tapi tengok keadaanlah. Yang first lead tu kena semenggah sikit for me to accept playing second or third. Itu saja,” k0mennya.

Sumber mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*