Luahan Bonda Rozita Tentang Generasi Zaman Sekarang Sehingga Anaknya Aliff Syukri Beri Reaksi

Golongan muda atau belia seharusnya memperkukuhkan jati diri dalam usaha menentukan hala tuju negara dan ia seharusnya berpandukan kepada ajaran Islam dan al-Quran sebagai panduannya.

Akidah hendaklah diteguhkan dahulu sebab tu nabi SAW berdakwah di Mekah selama 13 tahun untuk menguatkan akidah asas umat Islam. Ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan kebanyakkannya berkisar tentang akidah seperti dalam rukun iman.

Apabila akidahnya kuat dan teguh baharulah mereka mampu melaksanakan amalan-amalan lain dan mampu mengharungi cabaran yang amat dahsyat. Tambahan lagi cabaran kita di akhir zaman ini amat dahsyat sekali dengan hiburan yang melampaui batasan, pergaulan tanpa batasan, soal halal haram, pemikiran yang rosak dengan ideologi baru seperti liberal dan syiah, pendidikan yang jauh terpisah dari agama Islam dan sebagainya.

Mempersoalkan ketahanan mental anak muda generasi baru yang disifatkan lemah dan mudah tertekan, tegas Rozita Ibrahim, pada zaman dahulu, anak muda tiada hiburan, namun berjaya melahirkan insan yang survival.

Jelasnya lagi, sejak kecil dia sudah dilatih ilmu kehidupan dan rumah tangga, namun tiada istilah mental atau tekanan yang dihadapi, berbeza dengan anak muda zaman sekarang.

Gambar ni rumah kri, sy x mewah macam dia sekadar renungan tabik sgt generasi dizaman 60an , kami anak generasi survival yg multi task walau xsekolh tinggi ..campak mana pun hidup..!! Sy selalu fikir Anak2 zaman dulu didera mentalnya ..!! Macam mana boleh tahan yer..??

“Sy X keluar rumah ..xda hiburan ..tv radio pun xda …hanya dgn tanaman dan binatang hiburan hati..fesyen2 mmg xda ..!! Sy mahir masak dn sifat wanita urus rumah tangga melyan mak ayah sejak umur 12 tahun,” tulisnya.

Ulas pengasas Rumah Hutan ini lagi, generasi kini sangat bertuah kerana dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dan hiburan, namun malangnya ramai yang tidak bersyukur.

Tak ada pulak kena depresion atau sakit mental..Sedangkan anak zaman sekarang jauh lebih bertuah yang penuh dengan aktiviti di sekolah dan hiburan tapi masih merunggut tertekan dengan keluarga..!! Bunuh diri, lari rumah..bercinta muda2 “ sy rasa aneh ”

“Kemahiran urus rumah, pertanian atau alam mmg lngsung tak tahu..yg mahir hanyalh media sosial dn artis korea , melancong dll..?? Ketahanan mental lemah gara2 xlatih kedunia realiti sbb khayal lemah gara2 gajet “ angan banyak isi tak ada . Betul kata nabi kita akhir zaman “ ibu bapa akn takut dgn anak2nya,” kongsinya panjang lebarnya.

Kenyataan panas ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan sebahagian menyokong pandangannya.

Sesungguhnya generasi muda yang mempersiapkan diri mereka untuk memahami Islam dengan kefahaman yang sahih, mengimaninya dengan iman yang benar dan mendalam, berpesan-pesan dengannya dan menyeru kepadanya, sepatutnya mereka saling tolong-menolong di antara mereka dan mengikat tali perhubungan di kalangan mereka.

Maka tidak ada sesuatu amalan dalam Islam dalam bentuk perseorangan, amalan persendirian tidak mencukupi.

Ia mesti dilakukan dengan cara berjemaah, berpersatuan, kelompok kumpulan sebahagian kita dengan sebahagian yang lain sebagai ikatan persaudaraan.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim, Kredit:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*