Kata Kata Makan Dalam Neelofa Seolah Olah Ditujukan Kepada Seseorang Setelah Kes Kakaknya Nabila

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri.Itu perumpamaan biasa yang sinonim dengan pasangan yang sudah berkahwin. Dalam sebuah perkahwinan memerlukan kedua-dua individu bertoleransi, berkerjasama dan mempunyai usaha untuk membina keluarga bahagia selamanya. Namun, adakalanya kita terlepas pandang atau terlanjur perbuatan sehingga menjadi racun yang boleh menggegarkan sebuah perhubungan. Salah faham memahami apa yang dibicarakan dan kurangnya komunikasi, semua itu boleh menimbulkan masalah dan tertutupnya pintu rezeki keluarga.

Pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen apabila memuat naik beberapa kemas kini di laman Twitternya sebentar tadi.

Terdahulu, air mata Noor Nabila Mohd Noor gugur ketika memberikan kenyataan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi apabila kes tuntutan perceraian ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Netizen beranggapan tiga status yang ditulis oleh Neelofa dengan menggunakan ayat ‘aktor’ seakan-akan memerli dan ditujukan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang menolak permohonan cerai kakaknya, Noor Nabila di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Berikut merupakan kemas kini tweet Neelofa:

“Saya jarang berkongsi mengenai perasaan saya, apa yang saya rasakan… Mmm tapi nampaknya ini dah semakin melampau!”

“Saya baru sahaja menonton ‘drama’ terbaik. Cuba teka siapakah aktor tersebut? You killed it!”

“Sekarang… Pemenang bagi anugerah aktor terbaik jatuh kepada…”

Dalam pada itu, tweet yang ditulis Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa ini juga turut menerima pelbagai reaksi netizen.

Selain itu, menerusi satu lagi tweet yang ditulis Neelofa, dia berharap agar segala urusan yang melibatkan keluarganya dipermudahkan oleh Tuhan.

Berikutan penolakan kes tuntutan perceraian, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bagaimanapun Sharnaaz menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.Ramai pasangan yang suka berbalah dan bergaduh hal yang remeh-temeh. Tahu atau tidak, hal sekecil kuman yang kerap kali dijadikan isu penyebab rumahtangga bergolak. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situ ada rezeki akan tersekat.

Kredit: Twitter Neelofa & Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*