Muat Naik Gambar Berdua Orang Ramai Buat Speku Dimana Menganggap Cinta Bella Dan Aliff Kembali Berputik

Pada asalnya, hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah sama seperti dua orang yang ajnabi (asing) berlainan jantina berjumpa. Berkenaan hukumnya, ia perlu melihat kepada keperluan. Sekiranya tidak ada keperluan, sedangkan perjumpaan membawa kepada memandang, dan bercakap secara mesra antara satu sama lain.

Pengecualian ini berdasarkan kadar keperluan sahaja dan tidak melebihi daripada keperluan. Jika tujuannya adalah untuk berseronok-seronok, maka tidak digalakkan. Sebahagian ulama berpendapat harus lelaki memandang wanita pada wajah dan dua tapak tangannya jika aman daripada fitnah dan tidak disertai dengan syahwat.

Berdasarkan fakta dan hukum di atas, para ulamak berpendapat hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah diharuskan. Ini kerana suami masih lagi memiliki tanggungjawab terhadap anak yang berusia empat tahun itu daripada sudut memberikan nafkah dan pendidikan. Pastinya, itu akan membawa kepada hubungan muamalat yang melibatkan perjumpaan dan perbualan dengan bekas isteri yang merupakan penjaga bagi kanak-kanak tersebut.

Tindakan penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz memuat naik gambar di Instagram Story menunjukkan mereka berada di pusat bowling, semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap cinta mereka kembali berputik.

Kedua-duanya memuat naik gambar kaki mereka mengenakan kasut khas bermain bowling. Bagaimanapun, Bella ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu. Katanya, apa yang dilakukan adakah yang terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

Dia perlukan ibu bapanya dan tak boleh satu pihak saja. Lagipun kami tidak keluar berdua, sebaliknya turut ditemani ibu, adik dan beberapa anggota keluarga lain,” katanya.

Pelbagai reaksi timbul dalam kalangan netizen berhubung gambar itu. Ada yang mendoakan mereka dan tidak kurang juga mengharapkan Bella tidak kembali bersama bekas suaminya itu. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.

Sekalipun banyak kes penceraian berpunca daripada lelaki, tetapi biasanya dalam kes penjagaan akan-anak, isteri yang lebih diberi peluang oleh pihak mahkamah dalam kes hadanah. Ini kerana majoriti ibu memiliki sifat keibuan yang amat tinggi di mana mereka sanggup melakukan apa saja pekerjaan demi anak-anak mendapat makan dan tempat tinggal yang sempurna.

Pun begitu, ada kalanya desakan memaksa bekas isteri isteri mengheret lelaki ke mahkamah semata-mata mahu menuntut nafkah akibat kegagalan bekas suami memberinya dengan sempurna setiap bulan.

Namun benarkah ramai lelaki yang tidak bertanggungjawab? Benarkah pendapat dari mereka yang brgelar bapa tunggal ini hanya mencari keseronokan semata-mata dan mengabaikan zuriat sendiri?

Sememangnya ada segelintir lelaki yang seperti sengaja mengabaikan tanggungjawab yang sememangnya terpikul di bahu mereka. Namun, naluri sebagai manusia, tidak memungkinkan semua lelaki berfikiran sama, ada yang amat bertanggungjawab malah lebih cemerlang daripada bekas isteri.

Kredit:Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*