Terjawab Kenapa UMN0 Tak Puas Hati Dengan PN Dan Najib Siap Petik Nama Azmin Ali Lagi

Terkini, Najib Razak menyenaraikan sebab kenapa anggota akar umbi UMN0 tidak puas hati dan mrah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga mendorong mereka mempertimbangkan semula kerjasama.

Menerusi hantaran di Facebook, Najib berkata, hampir 24 jam selepas Biro Politik UMN0 membuat keputusan mengejutkan itu, Selasa malam.

Bekas presiden UMN0 antaranya membangkitkan tindakan PN “meletakkan calon bebas untuk pecahkan undi BN” dalam pilihan raya Sabah baru-baru ini, kenyataan pemimpin Bersatu serta perkongsian kuasa yang dilihat berat sebelah.

Perkara itu, katanya, “terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli UMN0”.

Azmin Ali sebagai “pengganti” PM juga kurang disenangi UMN0

Dalam pada itu Najib berkata, pelantikan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai “pengganti” perdana menteri juga kurang disenangi UMN0.

” Sebagai contoh, PM adalah dari Bersatu dan pengganti PM iaitu Azmin juga dari Bersatu sekarang.

” Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS. Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS. Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.

” Malah, tiada seorang pun dari UMN0 atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covd-19,” katanya.

Sebaliknya kata Najib, individu seperti “bos” sebuah media dilantik menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi bersama tiga orang menteri Bersatu.

Kata Najib UMN0 perlu menegur PN kerana mereka kini bersama dalam kerajaan yang kesannya akan turut terkena pada parti itu.

Tolak cadangan kuarantin wajib

Jelasnya lagi, keengganan kerajaan menerima cadangan menteri kesihatan dari UMN0 supaya melaksanakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang dari Sabah juga menyebabkan UMN0 dimarahi rakyat.

” Dari segi pengawalan Covid-19 pula, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menolak cadangan menteri kesihatan dari UMN0 untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN (pilihan raya negeri),” katanya lagi.

Ada tak puas hati, dakwa Najib hiina raja-raja Melayu?

Ada yang beberapa orang yang tak puas hati dengan posting saya tadi. Dakwa saya telah menghiina Raja-raja Melayu dalam perenggan ini:

” Semasa PM7 letak jawatan secara mengejut, pendirian UMN0 masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.

Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.”

Apa yang saya tulis adalah peristiwa apa yang berlaku semasa Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM pada 24 Feb 2020.

Di dalam perlembagaan negara, YDP Agong yang berkuasa mempertimbangkan untuk wujudkan kerajaan baru ataupun bubar parlimen setelah PM letak jawatan.

Namun, YDP Agong membawa kemelut yang luar biasa ini untuk dibincang dalam Majlis Raja-raja.

” Difahamkan, antara inti pati mesyuarat esok ialah berhubung situasi politik terkini di negara ini, termasuk kemungkinan yang sedang dalam pertimbangan Raja-raja Melayu terutama sekali Yang di-Pertuan Agong, antaranya termasuk meneruskan kerajaan baharu, serta pembubaran Dewan Rakyat.”
“27 Feb 2020: Raja-raja Melayu bersidang di Istana Negara esok”

Keputusan Raja-raja Melayu masa itu ialah tidak membubar parlimen dan mengadakan pilihan raya tetapi untuk menyerahkan keputusan memilih PM baru kepada kebijaksanaan YDP Agong
Lalu YDP Agong bertitah untuk memanggil semula ketua-ketua parti politik untuk membuktikan sokongan majoriti kepada mana-mana ahli parlimen untuk menjadi PM.

Sejerusnya, UMN0 dan PAS diminta oleh geng PPBM untuk membentuk kerajaan baru di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya diberikan nama Perikatan Nasional (PN).

Kredit: Lawak Siot

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*