Mengejutkan Apabila Lelaki Ini Tunjuk Magnet Boleh Melekat Di Tempat Cucuk Vaksin, Sekali Fizo Omar Pun Cuba Dan Ini Yang Terjadi

“Cuba fikir waras. Cuba jangan kolot sangat. Cuba gunakan akal.”

Itu reaksi pelakon Fizo Omar susulan video tular memaparkan seorang individu lelaki yang mendakwa magnet melekat di bahagian suntikan pada tubuh individu yang sudah menerima vaksin.

Fizo dalam hantaran dimuat naik di Instagram mencabar individu yang membuat video itu membuktikan perkara yang ditunjukkan.

“Siapa yang buat video itu cuba buktikan. Kita sama-sama nak melawan dan banteras Covid-19. Kerajaan sudah beli vaksin berbilion dan bawa masuk. Kerja kita pergi cucuk saja. Yang anda buat video dan menakut-nakutkan kenapa?

“Kepada yang buat video saya cabar kalau betul. Jangan sebab video itu tular satu Malaysia semua orang takut. Jangan percaya video itu. Karut!” katanya.

Menerusi hantaran sama, Fizo yang sudah mendapatkan suntikan vaksin minggu lalu meminta masyarakat untuk tidak percaya sebarang usaha atau unsur yang cuba menggagalkan misi kerajaan.

“Cubalah fikir logik sikit. Adakah patut cakap dalam vaksin itu ade cip untuk nak kesan kita, ada macam-macam benda lah dalam vaksin ini. Guna akal boleh tak?

“Maaf, perkara macam ini saya tak boleh terima. Kita sama-sama nak tamatkan Covid-19 kan, jadi tak perlu ada unsur macam ini yang boleh menggagalkan misi kita sendiri.

“Terima kasih kepada semua yang kongsikan video ini dengan niat kita sama-sama nak menyedarkan mereka yang masih lagi dipengaruhi dengan info negatif mengenai vaksin ini,” katanya.

Dalam masa sama, Fizo berkata dia dalam keadaan baik selepas menerima vaksin pertama.

“Setakat ini selepas saya dan mak ambil suntikan vaksin lima hari lalu, okay saja. Tidak ada kesan sampingan pun. Jangan percaya semua ini dengan perkara yang karut marut,” katanya.

Video:

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*