Menari Di Bigo Tapi Berlatar Belakangkan Lagu Nasyid

Pada penghujung 2017 Iqram Dinzly kerapkali beraksi pelik sambil menari dalam beberapa video yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Ada pihak mendakwa kononnya beliau mengalami depresi serta kurang waras, namun sebilangan rakan artis mempertahankan tindakannya dengan anggapan dirinya hanya sekadar berekspresi tanpa mempunyai niat lain. Kini, sekali lagi Iqram menimbulkan kontroversi bila kongsikan video menari sambil memakai tutu skirt.

“Kenapa tularkan 15 saat terakhir saja? Ada banyak lagi perkara bermanfaat dalam video saya yang berdurasi lebih satu jam itu. Kenapa tak tularkan sekali?” kata pelakon kontroversi, Iqram Dinzly mengenai video dia menari berlatarkan lagu Peristiwa Subuh nyanyian Raihan yang tular sejak kelmarin.

Video itu memaparkan Iqram berpakaian ala penari balet dengan mengenakan skirt warna putih dan selendang hitam yang menutup kepala dan sebahagian tubuhnya.

Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin ketika dihubungi berkata, video itu sebahagian daripada video secara langsung yang dibuat di aplikasi Bigo Live, Rabu lalu.

Menurut Iqram, penularan video itu menunjukkan sikap sebenar warganet yang sengaja mencipta sesuatu perkara hingga tercetusnya fitnah.

“Dari awal video itu ada banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat. Selama lebih sejam saya buat ‘live’, 15 saat terakhir itu juga diambil. Nampak sangat memang sengaja nak fitnah saya.

“Saya lakukannya kerana nak hiburkan sahabat di Bigo Live. Kenapa nak pandang yang buruk saja? Ini jelas menunjukkan, orang kita memang suka tularkan yang buruk saja,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Iqram berkata, segala tohmahan yang dilemparkan daripada video yang tular itu tetap tidak melemahkan dirinya.

“Saya kenal diri saya, tahu apa yang saya buat dan berlaku. Orang nak cakap apa sekalipun, cakaplah.

“Apa yang pasti, saya tak pernah nak kacau hidup orang lain. Yang masih tak boleh terima cara saya, lantaklah,” katanya.

Selain Bigo Live, Iqram juga berkongsi dia kini aktif di Facebook bagi program secara langsung terbitannya sendiri iaitu Borak Tepi Kain yang turut menampilkan seorang tetamu jemputan.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Iqram Dinzly

Nama penuh beliau, Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin Nama popular: Iqram Dinzly. Dilahirkan pada 29 September 1981 (38 tahun). Anak kelahiran Ipoh, Perak, Malaysia. Pekerjaan beliau pelakon, model, pengacara dan penari.

Iqram merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Aktif dalam Persatuan Anak Seni Kampus atau PESKA iaitu satu pertubuhan tarian di UiTM yang memperjuangkan irama tradisional. Beliau turut menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI yang mengetengahkan tarian kreatif dan moden. Pemenang Bachelor With Not A Hair Out of Place yang dianjurkan Majalah CLEO pada tahun 2006.

Beliau mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2005. Namanya melonjak naik selepas membintangi siri drama Jelatang dan filem Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof, membawakan watak sebagai Karl. Antara drama dibintanginya seperti Janji Diana The Series, Mentari Jingga, Dunia Baru, Rempit vs Impak Maksima, Vanila Coklat, Dendam Semalam dan Cinta 11 Syarat. Di layar perak, Iqram pernah membintangi filem 1957: Hati Malaya, Dunia Baru The Movie, Evolusi KL Drift, Sifu & Tongga, 2 Hati 1 Jiwa, Rasuk, Apokalips X dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Pada tahun 2017, beliau pernah dikatakan cuba mempersendakan agama dengan menggayakan imej berserban sewaktu mengunjungi kelab malam ketika menetap di Langkawi, namun beliau menafikan dakwaan itu dengan menegaskan dirinya hanya berfesyen memandangkan di pulau peranginan tersebut cuacanya agak panas ketika siang sebelum menjadi agak dingin di waktu malam.

Sumber : HMETRO ONLINE, https://iluminasi.com

Video Yang Ditularkan Setelah Disunting

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*