Pernah Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Kisah Tentang Diri Maya Matahari

Satu lagi berita sedih untuk industri hiburan. Petang ini, dunia seni hiburan tanahair dikejvtkan dengan pmergian penyanyi Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza binti Ruslee.

Seorang rakan baik arwh yang juga bekas wartawan telah berkongsi tentang pmergian Maya di Facebook beliau yang membuat ramai seb4k.

 

“Lama dia mend3rita. Ketika k4nser menyer4ng batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil diam-diam membuat raw4tan.

“Jauh kembaranya mencari keafiatan, hingga ke negara China, sampai berbulan-bulan lamanya.

“Sebentar tadi, baru beberapa minit, khabar duka datang. Penyanyi Maya Matahari sudah pergi meningg4lkan kita semua. Al fatihah.

“Damailah kau di alam sana adikku yang baik, adikku yang sentiasa cantik. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jen4zahmu buat kali akhir. Al fatihah.” tulis Tengku Khalidah Tengku Bidin

Sekilas info dan biodata Maya Matahari

Dilahirkan di Johor Bahru, Maya Matahari yang kini (sebelum pemergian) mahu dikenali sebagai Mya Ruslee berumur 44 Tahun (2020).

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai penyanyi, pemilik nama penuh Myanaliza binti Ruslee ini mula terkenal menerusi lagu “Matahari” dari album pertamanya dengan bertajuk sama.

Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu “Diari Biru” dan “Mata”. Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.

Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.

Beliau telah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan kerabat di raja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata

Pada tahun 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru “Perlu Ada Setia” dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.

Berikut fakta menarik tentang Maya

1) Mempunyai tiga buah album iaitu Matahari, Diari Biru 2 dan Mata dan sudah menjadi anak seni sejak 24 tahun lalu.

2) Mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan tahun 2018.

3) Sekitar pertengahan tahun 2018, beliau terbit dengan single berjudul Perlu Ada Setia, berkonsepkan pop, ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran.

4) Pada Julai 2018, beliau mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka bujang yang sudah berkawan dengannya dalam tempoh lebih kurang setahun.

5) Mencuba nasib di ujibakat Gegar Vaganza musim kedua dan ketiga, sebelum akhirnya terpilih menyertai program realiti itu di musim kelima (2018).

6) Dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-5, Maya berjaya mara ke konsert akhir dan mendapat tempat kelima.

Alfatihah buat Allahyrhamah Myanaliza binti Ruslee, semoga diampunkan segala dos4-dos4mu dan ditempatkan di kalangan orang beriman serta beramal soleh. Aamiin.

Kredit: Iluminasi

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit: Iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*