Mat Sajat Tampil Jelaskan Ada Pihak Sunting Kenyataannya Tempoh Hari

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Selalu kita dengar peribahasa itu bagi memberi peringatan kepada mereka yang lancang dalam berkata-kata.Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi untuk ‘mengaut’ dosa.Apa lagi jika kita bercakap tanpa ‘lampu merah’ kerana peluang untuk kita mengumpat itu sangat tinggi.Barangkali, ada hati yang terguris kerana mulut kita ini.

Usahawan, Nur Sajat meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung berikutan video tular apabila ada pihak mendakwa dirinya bercakap mengenai belum ada pondan terkena wabak CCOVIDdd19.Penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi laporan Harian Metro, hari ini menjelaskan video terbabit sengaja disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat membangkitkan ramai.

Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab. Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Coronaa (Coviddd19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca.Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Coronaa. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan,” katanya.

Sajat pada masa sama turut menambah, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung untuk bercakap mengenai isu pandemik berkenaan semata-mata.

Bagi yang selalu menonton IG ‘live’ saya mesti tahu dan sedia maklum soalan yang dilemparkan netizen. Macam video yang tular ini, saya buat ‘live’ bukan semata-mata nak bercakap isu itu.Kalau betul hanya isu terbabit, kenapa versi pendek saja ditularkan? Kenapa tak letak yang penuh? Disebabkan itu, kena tengok versi penuh video baru anda faham,” terang Sajat.

Setiap individu pasti mengetahui maklumat asas sebelum mengeluarkan kata-kata dikhuatiri menyentuh sensitiviti pihak lain terutamanya kehidupan kita dikalangan masyarakat yang majmuk ini.Setiap pendapat yang dikeluarkan tanpa memahami isu secara mendapat boleh menyinggung orang lain.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*