Hngat Peranng Laksa, Tunku Azizah minta Jngan bergadoh. Ikan apa pun boleh, Yang penting tumis betul, cukup rempah

MEDIA sosial kini hangat memperkatakan ‘perang’ antara laksa Johor dan laksa Kedah, dengan masing-masing berkongsi resipi makanan itu.

Begitu hebat penangan laksa dari dua negeri sehinggakan carian ‘laksa’ di Facebook akan memaparkan ‘laksa gaduh viral’ sebagai carian paling popular.

Semuanya gara-gara penggunaan ikan dalam masakan laksa, di mana jangan menjatuhkan standard menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan itu.

“Kalau tak ada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor menggunakan ikan kembung dan ikan selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur,” komen seorang netizen sehingga menjadi tular.

‘Chap’ laksa yang dihasilkan oleh Tunku Azizah.

Isu laksa yang tular turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminta semua pihak tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat berhubung masakan dari negeri masing-masing.

“Kita jangan bergaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering atau ikan masin. Yang penting, tumis betul-betul dan cukup rempah dan main api sehingga naik minyak.

“Laksa Pahang pun sedap. Saya gabungkan kuah laksa Johor dan Pahang! Saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spageti.

“Laksa Pahang juga sedap sangat. Tidak ditumis, cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah laksa Johor! Saya suka laksa beras dan laksa tepung, dimasak atas kayu api… baunya sedap!” titah tuanku.

Kita jangan bergaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering atau ikan masin. Yang penting, tumis betul-betul dan cukup rempah dan main api sehingga naik minyak – TUNKU AZIZAH

Saranan Tunku Azizah turut disokong oleh cef selebriti, Chef Adu dan Yatie Kitchen.

“Betul tu Tuanku! Patik setuju sangat!” komen Chef Adu.

“Nanti ajar patik pula ‘chap’ spageti tu ya Tuanku,” ujar Yatie Kitchen.

Perkongsian Tunku Azizah di laman Instagram rasmi baginda.

Dalam pada itu, menerusi satu video yang dikongsikan, Tunku Azizah turut menunjukkan cara membuat gulungan laksa atau dipanggil sebagai ‘chap’.

“Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai ‘chap’ laksa spageti tapi orang Pahang pandai ‘chap’ laksa tepung dan orang Terengganu pandai ‘chap’ laksa beras…

“Tapi sekarang tak ramai pandai ‘chap’… saya pun kena belajar semula dengan Wokwok! Laksa tepung atau beras di masak atas kayu api, baunya sedap sangat!” titah tuanku.

Tunku Azizah terkenal dengan hobi memasaknya sama ada menu tradisional mahupun manisan, sekali gus lebih mendekatkan diri baginda kepada rakyat.

Baginda telah menghasilkan tiga buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007, serta dua naskah buku pada 2018 iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang Masakan Tradisional Pahang.

Sumber : mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Warung Kekayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*