Kecoh Seorang Lelaki Kena Tahan Sebab Langgar SOP Dalam Masjid Rupanya Berita Tidak Benar, Pihak P0lis Jelaskan Perkara Sebenar Yang Berlaku

Orang ramai diminta berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenai penahanan lelaki di Masjid At-Taqwa, Gelugor, di sini, kelmarin. Ia susulan video mengenai penahanan lelaki berkenaan yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua P0lis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki terbabit ditahan anggota Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Timur Laut atas kesalahan melanggar SOP di masjid.

VIDEO

“Ia tidak benar kerana lelaki berusia 35 tahun itu ditahan berikutan mengganggu jemaah menunaikan solat selain membawa sebilah pisau.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar dan menularkan kenyataan yang tidak benar mengenai kes ini,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu lelaki yang memakai baju Melayu berwarna hijau itu dilaporkan berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah pada jam 8.25 malam.

Pemeriksaan pada beg sandang suspek menemukan pisau berukuran 13 sentimeter.

Suspek yang ditahan sudah direman selama tiga hari sehingga esok (24 Mei) dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kredit:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*