Si Tanggang Moden Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta

Ini bukan cerita dongeng, ini kisah realiti Hikayat 7 Tanggang yang benar-benar terjadi dan diceritakan oleh bapa mereka sendiri yang kini hanya mampu menagih simpati demi kelangsungan hidup di penghujung usia.

Dulunya hidup mewah, kini hidupnya bagaikan orang m3larat. Bukan kerana k3rugian harta benda, tetapi dibuang oleh anak-anak yang lupakan tanggungjawab.

Itulah yang terpaksa ditempuhi oleh warga emas berusia 83 tahun, apabila anak kandungnya yang dibela dan diberi makan hingga besar dengan penuh kasih sayang dan ditatang bagaikan minyak yang penuh hari ini tergamak memperlakukannya seperti orang asing.

Dia yang dulu merupakan ahli perniagaan dan pemilik kepada 3 buah stesen minyak, punya ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang sawit. Setelah dirinya menyerahkan semua perniagaan dan harta bernilai RM 4 juta kepada anak-anaknya, balasan yang ia dapat sungguh memilukan. Dihal4u bagaikan anjing kur4p oleh drah dagingnya sendiri.

Merasakan sudah tiba masanya, dia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anaknya berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakan sejak tahun 70-an lagi.

Bertambah malang nasibnya apabila dia ditimpa penyakit angin ahmar pada tahun 2013. Sebagai seorang ayah yang sudahpun berusia, sudah tentulah dia mengharapkan ehsan anak-anaknya untuk menjaganya.

Namun lain pula yang jadi, dia dipinggirkan bahkan terpaksa merawat sendiri pnyakit yang dialami dengan sisa-sisa kudrat yang ada setelah menyerahkan semua asetnya kepada anak-anaknya.

Warga emas ini juga turut berkongsi sebuah kisah yang amat meruntun jiwa yang tidak mungkin akan dilupakannya. Empat tahun lalu, ketika itu dia memandu seorang diri sebelum mendapati bahawa keretanya hampir kehabisan minyak. Dia kemudian membuat keputusan untuk singgah di stesen minyak yang dibinanya dengan harapan untuk mendapatkan minyak percuma, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Setelah dua jam menunggu, dia bukan sahaja dih3rdik oleh anak perempuan kesayangannya yang kini menjadi pemilik stesen minyak tersebut, malah turut dih4Iau supaya segera meningg4lkan kawasan tersebut.

“ Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.

” Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia h3ntam saya balik. Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” katanya.

Menyedari dirinya diperdaya, warga emas ini pernah mendapatkan bantuan dan berjaya membawa isu ini ke mhkamah pada tahun 2014 sebelum mhkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya kembali.

Namun, anak-anaknya yang z4lim kembali merampas semula ladang tersebut yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan harian warga emas itu pada September lalu. Kini yang tinggal pada dirinya, cuma harapan agar anak-anaknya berubah dan sedikit keadilan agar hidup dipenghujung usia ini terbela.

Kongsi si ayah ini lagi, hasil perkongsian hidupnya bersama isteri pertama, dia dikurniakan 7 cahaya mata masing-masing 4 lelaki dan tiga perempuan. Ketika dalam keadaan skit dan tidak mampu berfikir secara waras, salah seorang dari anaknya memperdayanya untuk menyerahkan segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Tidak cukup dengan itu, sebuah rumah yang bernilai RM 600,000 ribu di Cheras, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM 800,000 dan wang bernilai RM 100,000 dalam akaun simpanan semasa syarikat turut beralih tangan kepada anak-anaknya.

Hasilnya, dia kini hanya mampu hidup menumpang kasih dan berteduh di rumah isteri keduanya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah di Melaka. Hidupnya nyata ada sedikit sinar apabila 7 anak tiri dari isteri keduanya itu sanggup menjaga dirinya yang uzur seperti bapa kandung mereka sendiri.

Sumber : Astro Awani via Siakapkeli

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*