Kata Kata Daripada Nabila Dan Sharnaaz Ahmad Setelah Permohonan Ditolak

Jangan mengambil jalan singkat yang boleh menghancurkan kebahagiaan yang dikecapi melalui perkahwinan. Jika ada persengketaan antara suami isteri, perlu diadakan muhasabah untuk mencari punca krisis berlaku. Dalam hal ini keikhlasan suami isteri amat penting. Jangan mudah menyalahkan pasangan sebagai penyebabnya. Sikap membuat kesimpulan sebelum perbincangan hanya akan menambah lagi kekusutan.

Alam berumah tangga banyak dugaan. Tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan tanggungjawab menjadi antara puncanya.

Kenangkan nasib anak yang baru berusia setahun, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila Mohd Noor gagal menahan air mata.

Momen sayu itu berlaku di hadapan pihak media selepas berakhirnya prosiding tuntutan penceraian Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya tak nak bagi kenyataan apa-apa lagi. Fokus saya hanya nak besarkan anak dengan baik dan beri kasih sayang secukupnya. Jadi, minta doa yang baik-baik sahaja,” kata Nabila.

Enggan mengulas lanjut mengenai permohonan cerai yang ditolak Sharnaaz, kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini memberitahu dia hanya ingin fokus untuk membesarkan anaknya, Jebat Jayden.

Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan Nabila belum menemui jalan penyelesaian apabila pelakon itu enggan menceraikan isterinya kerana ingin terus berusaha menyelamatkan rumah tangga yang mereka bina sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan 30 September ini bagi pelantikan jawatankuasa pendamai (JKP) untuk kedua-dua belah pihak di mahkamah yang sama. Malah Nabila turut menyatakan pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Dalam pada itu Sharnaaz, 34, memberitahu dia ingin mencari jalan penyelesaian yang baik membabitkan rumah tangganya dengan isteri menerusi JKP.

Kata pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini, dia berharap apa sahaja keputusan dan jalan penyelesaian yang diperoleh kelak akan dipermudahkan.

Niat saya nak mencari pendamaian dan jalan penyelesai yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Reda atau tidak, kita ada mahkamah dan kita perlu hadap benda itu. Kalau mahkamah dah perintah untuk JKP, maknanya kita kena ikut prosedur yang telah ditetapkan. Kenapa kahwin elok, nak cerai gaduh-gaduh,” katanya.

Ketika prosiding berlangsung, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian yang difailkan Nabila pada 27 Ogos lalu.

Menerusi permohonan penceraian itu, Nabila berkata dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Kebahagiaan yang diharapkan pada permulaan perkahwinan perlu diteruskan sepanjang masa. Semakin lama usia perkahwinan, sepatutnya semakin erat kasih sayang dan mendewasakan mereka dalam menghadapi cabaran hidup.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*