Kongsi Keadaan Terbaru Anak Luahan Ibu A Aziz Buat Ramai Sebak

“Ayah tolong… ada orang pvkul abang!”

Sedih sayu apabila kita dengar jeritan Aliff Aziz ini. Tidak kisahlah sejahat atau seteruk mana pun dia kami berharap dia mampu mengawal diri dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Semasa pergelutan berlaku antara Aliff Aziz dan beberapa anggota polis, dia dilihat sedang bercakap melalui telefon bimbitnya. Aliff Aziz kelihatan menjerit-jerit memberitahu ayahnya menerusi telefon berkenaan dan memberitahu bahawa ada orang sedang memvkulnya.

Penyanyi dan pelakon kontrovers1i, Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabvk semalam dipercayai sudah dibebaskan.

Kesahihan pembebasan Aliff disahkan Ibunya sendiri. Ia berdasarkan video berdurasi empat minit 20 saat yang dimuat naik ibu penyanyi itu di Instagram, S Hafiza Basharahil hari ini. Video itu memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan turut kelihatan dalam video itu ialah bekas isterinya, Bella Astillah.

Menerusi video berkenaan, S Hafiza berkata, apa yang terjadi ada sebab tertentu dan hanya Allah SWT saja lebih mengetahui.

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik. Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu,” katanya.

Menurut Fiza, orang ramai tidak layak menghukum apa yang menimpa anaknya.

“Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.

Dalam video itu, Aliff memujuk anaknya yang menangis selepas diusik tidak akan dibelikan permainan.

“Daddy kacau saja sayang. Daddy tak marah, Daddy sayang,” kata Aliff.

Selepas itu kelihatan Ayden gembira apabila diberikan hadiah berupa beg Captain America dan permainan unicorn. Bagaimanapun, menerusi status dimuat S Hafiza itu, tidak dinyatakan bila Aliff dibebaskan.

Video berkenaan mula tular dilaman Twitter, apabila salah seorang pengguna laman itu memuat naik video berkenaan. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 3,300 perkongsian dan 2,100 tanda suka oleh netizen.

Jom Lihat Video Dibawah:

Semoga Aliff dan keluarga dapat menempuh segala dugaan cabaran mendatang.

sumber: hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*