Selebriti Ini Mampu Buktikan Kahwin Campur Lebih Power, Tepis Dkwaan Kahwin Tak Kekal Lama

Perkahwinan berlainan bangsa, budaya dan negara bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti Malaysia.

Ada yang melihat mereka yang mengamalkan perkahwinan campur berdepan kesukaran kerana perbezaan ketara di antara budaya dan kepercayaan sekali gus mengvndang percer4ian.

Kahwin Campur Menghasilkan Genetik Baik & Anak Yang Cantik.

Ironinya tak kira kahwin campur atau tidak, jodoh itu tidak pernah diukur hayatnya kepada perbezaan yang wujud.

Ramai selebriti di negara ini bertemu jodoh dengan jejaka dan gadis di negara luar dan masih berkekalan sehingga kini.

Ini senarai 3 selebriti Malaysia yang mendirikan rumahtangga bersama jejaka dari negara luar pilihan mereka :

1.Lana Nodin dan David McKienzie

RM2mil sponsorship for Lana’s wedding | The Star
Lana Nodin dan suaminya yang juga bekas atlet skuad bola tampar Olimpik Amerika, David McKienzie selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz pada 15 Mei 2015 di Restoran Kim Ma, Hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan.

David telah memelvk agama Islam pada 5 Disember 2014, sehingga kini jika dilihat di laman sosial Instagram Lana, beliau sering berkongsikan usaha suaminya yang ingin belajar lebih mendalam tentang agama islam dan adat resam budaya kita.

Malah David juga kini sedang mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah bersama anak-anaknya.

2. Raja Ilya dan Trent Garrett

Pasangan ini dikhabarkan berkahwin di Perth, Australia secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.


Ketika awal perkahwinan, pelbagai kontr0versi yang timbul disebabkan cara mereka berkahwin dikatakan tidak mengikut cara islam dan lebih ke arah barat, namun Raja Ilya telah menjelaskan bahawa beliau sudah bernikah mengikut cara islam 2 hari sebelum majlis resepsi gaya barat itu diadakan.

Suaminya yang juga bekas model dan memiliki perniagaan hartanah di Australia, dikatakan sangat meminati masakan india, lebih-lebih lagi kari.

3. Nourul Depp dan Eric Daniel Depp

Penyanyi Nourul Depp tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric sebagai satu halangan untuk mereka mengecapi bahagia.

Eric dikhabarkan telah memelvk Islam sejak 13 Februari 2012 dan telah bernikah bersama Nourul pada 6 Jun 2012 dengan sekali lafaz di Duchess Place, Ampang.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Nourul dikatakan mahu berpindah ke luar negara bersama suami dan anak-anaknya dalam masa terdekat, bagaimanapun enggan mended4hkan lokasi spesifik yang dimaksudkan itu.

Ketiga-tiga selebriti ini sering berkongsikan perkembangan mereka dan keluarga di laman Instagram masing-masing, sedikit sebanyak dapat juga kita melihat perbezaan budaya di antara budaya kita dan budaya mereka.

Bak kata orang, kalau hati sudah berkenan, adat resam tak dilupa, keluarga merestui dan pegangan agama terus utuh, kahwin campur tidak menjadi masalah.

Sumber : Google

Sumber : https://www.hotfm.com.my VIA Catatan Terakhir

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Warung Kekayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*