Serik Dengan Kegagalan Hubungan Terdahulu Zizan Razak Bertekad Untuk Lakukan Perkara Ini Dalam Soal Jodoh

Firasat dan pilihan ibu bapa selalunya betul. Maklum saja, selain banyak pengalaman, matang dan lebih dulu makan garam dalam kehidupan, jadi tentulah ibu bapa bijak serta tahu menilai buruk atau baik sesuatu perkara.

Namun, bagaimana pula dalam soal memilih jodoh, adakah pilihan ibu bapa tepat? Satu lagi persoalan, masihkah lagi relevan pada masa kini orang tua yang mencari serta menentukan jodoh anak?

Jika zaman nenek moyang dulu, semua tahu ibu bapa berperanan besar dalam mencari calon isteri atau suami untuk anaknya. Malah, kebanyakan anak zaman itu memang tidak banyak kerenah dan lebih senang membiarkan urusan mencari suami atau isteri ditentukan oleh kedua orang tua.

Mungkin serik dengan kegagalan hubungan terdahulu, Zizan Razak mahu ibunya pula mencari calon bakal isteri buatnya. Namun jelas Zizan, pun begitu, beliau tetap ingin berkenalan dahulu untuk mencari keserasian.

Saya bukannya baik sangat tetapi pastinya mahu mencari wanita yang baik. Jika ada jodoh, saya juga mahu berikan yang terbaik untuk beliau. Saya sudah berusaha untuk bercinta dan berkahwin tetapi tidak kesampaian dulu”

“Saya juga sudah bergelar solo selama empat tahun tanpa kekasih. Saya percaya setiap kejadian yang berlaku ini semuanya dengan izin Allah dan reda dengan ketentuan-Nya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Saya memang berhasrat untuk meminta ibu yang carikan jodoh bila sampai masanya nanti. Walaupun ibu yang carikan jodoh tetapi saya mahu berkenalan dulu dengan wanita itu sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan calon isteri

Bercakap pula mengenai kriteria wanita yang disukai, Zizan memberitahu beliau tidak memilih dan tidak kisah andai wanita itu merupakan dikalangan artis atau tidak, juga seorang wanita berhijab atau sebaliknya.

Bak kata orang-orang tua lebih berkat jika jodoh itu dicarikan oleh ibu bapa kerana pilihan mereka pastinya yang sempurna. Baik pada ibu bapa, maka baiklah juga bagi anak. Soal ada perasaan cinta atau tidak, jarang sekali ditimbulkan. Pokoknya, kahwin dulu kemudian barulah bercinta dengan pasangan hidup.

Bagaimanapun, terdengar juga cerita pada zaman dulu ada segelintir anak yang cuba ‘memberontak’ kerana tidak bersetuju atau tidak suka dengan pilihan orang tua. Lazimnya, pandangan anak sukar diterima dan mulalah berlaku kahwin paksa. Oleh kerana tidak mahu derhaka dengan orang tua, akhirnya anak terpaksa beralah dan menerima calon suami atau isteri pilihan ibu bapa dengan hati yang terbuka.

Apa lagi gadis-gadis diluar sana sudah boleh mengambil hati ibu Zizan.

SumberKredit:Hmetro/RotiKaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*