Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Comel Ini Di Usia 60 Tahun

Sebelum ini, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, 60, mengakui menginginkan anak menerusi perkahwinan terbaru dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang dikahwini pada 1 April 2017.

Memang hajat saya inginkan seorang anak, tak kiralah perempuan atau lelaki. Tapi isteri saya dah beberapa kali mengalami keguguran dan sekarang dalam fasa jumpa pakar untuk berubat serta berurut.

Anak yang dilahirkan itu anugerah dan kurniaan daripada Allah s.w.t. kepada hamba-Nya serta sebagai bukti kekuasaan-Nya. Seorang anak bukan sekadar sebagai perhiasan hidup dan bukan juga sebagai bebanan tambahan yang tidak tertanggung. Mereka itu satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa.

Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang kelmarin.

Menurut Jamal, 60, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pembed ahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pembe dahan selamat dijalankan. Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai keadaan isterinya pula, kata Jamal, Zai Izzati akan ditahan selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembed ahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah. Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak. Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan percer4ian. Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Anak juga sebagai penolong kepada ibu bapanya terutamanya pada usia tua. Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka. Semuanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa terutamanya didikan agama. Maka paling tidak pun, jika susah semasa di dunia mungkin berguna di akhirat kelak

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*