Raja Ilya Jelaskan Mengenai Vide0 Yang Menjadi Bualan Ramai

Pelakon, Raja Ilya, 34, dihentam hebat bila perkongsian rakaman berdurasi satu minit 20 saat yang dikongsi menerusi IG TV dahulu memperlihatkan aktres terbabit yang mengenakan pakaian mended4hkan sebahagian tubuhnya mencuci rambut di bawah pancuran air.

Gara-gara video itu juga, ada segelintir warganet mengaitkannya dengan tindakan pelakon terbabit berkahwin dengan lelaki mat salih, namun pemilik nama penuh Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini mempunyai pandangan sendiri.

Namun, Ilya tidak mel4tah apabila video menunjukkan dirinya mencuci rambut di bilik mandi dengan berbaju tidur mendapat kec4man hebat warganet.

“Video itu sebenarnya bagi mempromosikan produk rambut. Kalau mandi, semestinya orang tidak mengenakan pakaian.”

“Sejak awal lagi, saya dan suami sedar video terbabit akan mendapat perhatian serta kec4man. Saya sendiri sudah bersedia menerima sebarang komen yang akan dil0ntarkan.”

“Namun, video itu bertujuan menunjukkan keberkesanan produk terbabit, hingga rambut saya tidak lagi gvgur,” katanya.

Raja Ilya mengakui ada menerima komen bertanyakan mengenai kewajarannya merakamkan video sedang mandi, namun dia enggan memberikan sebarang reaksi kerana tujuannya adalah bagi mempromosikan produk.

“Saya banyak didekati pihak tertentu untuk mempromosikan produk mereka di Instagram. Saya memerlukan idea di luar kotak untuk berbuat begitu. Kalau sekadar bergaya dengan memegang produk, ia terlalu biasa. Apabila pelanggan mahu video promosi dikongsi setiap minggu, saya sendiri perlu memikirkan sesuatu di luar kebiasaan.”

Pelakon itu juga berkata, dia dan suami, Trent Garret, 38, sering bertukar-tukar idea dalam perkara itu demi memberikan hasil yang terbaik.

“Kadang-kadang, kami mengembara ke merata tempat untuk mencari ilham. Kami mahu mempersembahkan sesuatu yang berlainan,” katanya. Pandangan neg4tif sebegitu sudah biasa dil0ntarkan. Rasanya, masyarakat di negara suami saya (Australia) lebih beradab. Bagi saya, video itu jadi isu kerana ia dilihat s3ksi, yang menurut saya terlalu subjektif.”

“Ada sesetengah wanita yang mengenakan tudung pun masih mempunyai aura s3ksi. Dalam k3s saya pula, ada yang mengatakan mandi dengan mengenakan baju pun tetap s3ksi. Saya tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Apa pun, saya tidak meny3kat komen diberikan, walaupun ia berbaur neg4tif,” katanya.

“Saya tahu, pelanggan juga perlu mencapai sasaran mereka. Tiada gunanya mereka membayar beribu-ribu ringgit kepada saya tanpa mendapatkan pulangan daripada ulasan dan promosi dilakukan,” katanya yang akan muncul dengan filem KL Vampires pada 14 November ini.

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*