Ibu Puteri Balqis Tampil Buka Mulut Tentang Usaha Pertolongan Dari Mereka Anak Beranak Dalam Tempoh PKP Ini

Kita sebagai manusia bukan sahaja dituntut untuk berbuat kebaikan, malah mengajak orang lain melakukan perkara yang sama. Meskipun kita bukanlah bergelar ustaz atau ustazah mahupun pendakwah, namun tiada salahnya kita mengajak orang berbuat baik kerana ia ialah amalan terpuji.Malah, sesiapa yang melakukannya mendapat pahala berganda, apatah lagi jika kebaikan itu dituruti oleh orang lain.

Sudah lama tidak mendengar khabar Puteri Balqis, terbaru ibu pelakon cilik tersebut iaitu Norashikin Mohd Aziz bersyukur mereka masih dapat meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).Menurut Norashikin, meskipun dalam tempoh PKP namun buku puisi Puteri Balqis masih mendapat sambutan. Katanya lagi, dia juga tidak menyangkakan buku anaknya itu masih terjual seperti biasa meskipun di saat-saat genting ini.

Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Coviddd19.Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Norashikin berkata makan minum mereka cukup sepanjang tempoh PKP ini dan dia mengamalkan sikap berjimat cermat. Malah, hasil jualan buku itu membolehkan dia menyewa sebuah rumah pangsa bagi menempatkan enam orang gelandangan.

Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat. Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8).Secara ringkas, berdasarkan ayat ini memberi pengajaran bahawa Islam tidak membataskan umatnya untuk berbuat baik sesama mereka saja, bahkan menaungi semuanya tanpa mengira kaum, budaya dan agama termasuk makhluk seisi alam.

Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala sebagaimana diterangkan melalui beberapa nas berikut:Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: “Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah) kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”.

Kredit:HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*