Hinaa Bekas Isteri Akhirnya Bekas Suami Terima Hukuman Setimpal

Jika dalam perkahwinan itu berlakunya perceraaian, anggap sajalah sudah tiada jodoh dan mulakan hidup baru tanpa memburukkan bekas suami atau isteri. Namun lebelakangan ini kita melihat masyarakat kita semakin terbuka menceritakan keburukkan pasangan masing-masing selepas bercerai. Malah ada yang ‘menjaja’ keburukkan pasangan masing-masing di media sosial.

Sudah menjadi trend apabila masing-masing berselisih faham, bergaduh atau tidak puas hati dengan pasangan mulalah nak kutuk suami atau isteri di Facebook,Twitter,Instagram dan sebagainya.Apabila hati tengah marah dengan pasangan, mereka tidak akan berfikir panjang untuk membuka pekung bekas pasangan sendiri.

Perbicaraan kes menghina kemaluan bekas isteri berakhir apabila Mahkamah Jakarta Selatan, Indonesia menjatuhkan hukuman kepada pelakon Galih Ginanjar dan dua lagi Youtuber pada Isnin lalu.Menurut laporan Liputan6, bekas suami kepada Fairuz A Rafiq itu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan.

Manakala dua lagi Youtuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua menerima hukuman setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.Sementara itu, Fairuz memberitahu dia berpuas hati dan bersyukur apabila mengetahui mengenai keputusan mahkamah itu.

Menerusi Instagram, dia memuat naik ucapan khas berhubung kes tersebut dan berkongsi laporan berita perbicaraan itu.Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini memberikan sokongan dan semangat sepanjang dia berdepan episod memalukan ini.

Untuk semuanya terima kasih untuk semangat dan doanya… mungkin saya tak mampu balas semua satu persatu tapi kebaikan kalian semua akan di balas Allah SWT dengan seribu kebaikan.Terima kasih menemani saya dengan doa dan sokongan selama berbulan-bulan,” tulisnya.Pada Julai tahun lalu, Galih telah mencemarkan nama baik bekas isteri itu menerusi sebuah program bual bicara di YouTube.

Islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya daripada bersosial, bahkan ia digalakkan kerana mampu mengeratkan silaturahim sesama insan.Tetapi harus diingat, cara kita bersosial mestilah menepati kehendak syariat Islam antaranya memelihara segala jenis penyampaian termasuklah tutur kata.

Sehubungan itu, menggunakan kata-kata kesat dalam laman sosial seperti mencarut, menghina dan sebagainya adalah diharamkan oleh Islam.Malahan, menyindir seseorang dalam laman sosial adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan menghina dengan kata-kata atau perbuatan. Selain itu, kita juga akan turut tergolong dalam kategori mereka yang menyebarkan fitnah.Lebih berat lagi, perbuatan menyindir di laman sosial akan mendatangkan kemudaratan lebih besar terhadap perpaduan manusia secara umum dan umat Islam secara khususnya.

Kredit:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*