Akhirnya Siti Nurhidayah TampilBeri Respon Pada KemelutYang Berlaku

Ali sebelum ini telah tampil di sidang media untuk jelaskan semua kekeliruan dan pertanyaan yang bermaain diminda netizen. Beliau juga sempat minta maaf secara terbuka pada kakak iparnya, Nurhidayah.

“Saya sudah cakap kepada ibu saya, kalau sekiranya jadi lebih teruk seperti sekarang, kami akan kumpul semua sedekah yang orang beri dan saya sendiri akan serahkannya kepada kakak ipar.

“Saya juga akan pergi buat permohonan maaf antara keluarga kami tanpa memanggil media. Sebab ini silaturahim agama, kami dipisahkan hanya disebabkan seorang insan hebat yang dibanggakan sebab bersedekah,” katanya pada sidang media diadakan hari ini.

Sebelum ini, Ali dikata mengeluarkan kata kasar kepada Nurhidayah kerana terasa hati dengan kenyataan kakak iparnya itu pada temu bual secara langsung di Instagram usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Terbaru, akhirnya Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali memohon doa daripada orang ramai buat diri dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Nurhidayah berkata, dia juga mohon diberi ruang memandangkan masih dalam tempoh edah selepas kematian suami tercinta pada 10 Februari lalu.

Perkara itu disampaikan wakil Nurhidayah menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.

“Assalamualaikum, saya mewakili balu arwah memohon ampun dan maaf buat masa sekarang dia tidak memegang telefon dan sedang menjalani tempoh edah.

“Sama-sama doakan yang terbaik buat dia dan anaknya, Hamzah. Maaf sekali lagi daripada kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan Nurhidayah yang mendakwa mendapat kekangan daripada pihak keluarga arwah suaminya membabitkan harta ditinggalkan.

Perkongsian Nurhidayah menerusi video siaran langsung di Facebook dan Instagran usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, kelmarin, itu mengguris hati adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*