Ada Je Benda Nak Jawab Eyra Hazali Kena Dengan Suami Buat Ramai Geli Hati

Pelakon manis, Hazirah Qasdina atau lebih dikenali Eyra Hazali merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang mula terkenal dengan watak sebagai Nisa Ardina dalam siri drama Mr. Grey. Umum tahu yang dia telah mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nazli pada 3 November lalu. Namun, selepas empat hari pernikahan suaminya dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Namun pelakon berusia 20 tahun itu tidak sedih malah berbangga kerana latihan tersebut merupakan panggilan pertama Skuad Harimau Malaya untuk menghadapi persediaan bagi kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sejak bergelar isteri, Eyra dilihat kian kerap berkongsi momen bersama suaminya di laman media sosiaI miliknya. Baru-baru ini misalnya, pelakon berusia 20 tahun itu ada memuat naik satu rakaman video di akaun Twitter miliknya.

“geram je ngan suami ni. ada je benda nk jawab,” tulisnya.

Sekadar informasi, pasangan ini telah bernikah pada 3 November lalu dan Haziq telah menyerahkan wang mas kahwin sebanyak RM 3,001 bersama 9 dulang hantaran berbalas 11.

Dalam pada itu, peminat berasa terhibur melihat sikap suami Eyra yang kelakar dan menghiburkan.

Eyra juga dikatakan masih belum merancang untuk berbulan madu memandangkan jadual suaminya yang tidak menentu tetapi beberapa lokasi sudah menjadi tarikannya.

“Tapi rancangan nak ke mana itu ada tapi belum buat sebarang persiapan atau pengesahan. Saya tak nak dia habis kerja terus honeymoon, bagi masa dia rehat dahulu,” ujarnya.

“Tidak boleh berpegangan tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak mahu saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung. Cukuplah lakonan yang bersederhana saja, tak perlu berlebih-lebihan untuk dapatkan babak romantik,” katanya.

Biarpun sudah berkahwin, namun batas sebagai seorang isteri perlu dijaga malah Haziq telah menetapkan beberapa syarat dalam menjayakan sesebuah lakonan.

Video: Twitter Eyra Hazali

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*